Waspada Semasa Berkawan Dengan Sumandak Dusun Sabah
‘Sumandak’ dalam bahasa Dusun adalah wanita, gadis atau awek
yang telah meningkat usia remaja. Topik pada kali ini adalah mengenai ‘sumandak’
Dusun yang terkenal di kepulauan Borneo
Utara negeri Sabah kerana memiliki kecantikan yang asli sejak zaman berzaman.
Kenapa perlu anda berwaspada dengan gadis Dusun ini? Hoho, baik penulis akan mendedahkan rahsia sebenar 'sumandak' dusun yang kurang diketahui oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia secara amnya.

Sumandak Dusun Sabah adalah keturunan ‘Huminodun’
Mengikut cerita lagenda, ‘Sumandak’ Dusun adalah berasal
dari keturunan ‘Huminodun’ yang amat terkenal dengan kecantikannya dan sanggup
berkorban untuk menyelamatkan nyawa rakyat Sabah dari bencana kemarau pada
suatu ketika dahulu.
Pada masa ini ‘Huminodun’ menjadi inspirasi bagi ‘sumandak’ Dusun Sabah sebagai lambang kepada wanita yang cekal, kecantikan sejati dan ianya dibuktikan dengan perayaan yang masih diamalkan oleh KDM (Kadazan Dusun Murut) pada perayaan ‘Pesta Kaamatan’ (Pesta Menuai) setiap bulan lima yang mana terdapat pertandingan ‘Unduk Ngadau’ bagi mencari sumandak yang paling cantik di negeri ini bagi memperingati lagenda ‘Huminodun’.

Pada suatu ketika dahulu, kaum Kadazan Dusun adalah peneroka
awal bagi kepulauan Borneo Utara, ini dibuktikan dengan adanya tugu peringatan
lagenda ‘Nunuk Ragang’ yang bertempat di Ranau Sabah kerana dari tugu
peringatan itulah lokasi awal penemuan tamadun-tamadun awal suku kaum Kadazan
Dusun.
Berdasarkan asal usul tersebut yang melambangkan kegigihan peneroka awal di kepulauan Borneo Utara, ‘sumandak’ Dusun boleh diketegorikan sebagai amat ringan tulang dalam mengerjakan kerja-kerja rumah seperti mana keturunan moyangnya yang terdahulu.
Jika anda ke bahagian Pedalaman Sabah, anda jangan hairan apabila menemui gadis Dusun amat gigih bekerja di kebun tanah mereka, menjala ikan di sungai dan melakukan kerja rumah secara bersendirian dan melakukan segala kerja-kerja yang hanya dilakukan kaum lelaki.

Bijak di dalam pendidikan
Sejauh mana fakta tentang ini? Jika diteliti mengenai ‘sumandak’
Dusun di negeri Sabah , ramai yang
bekerja di sektor kerajaan dan ada diantara mereka memiliki kelulusan di peringkat ijazah
dan menjawat jawatan yang tinggi di dalam sektor kerajaan serta begitu juga di dalam sektor swasta.
Ini bermakna, sumandak Dusun boleh diketegorikan memiliki IQ yang tinggi setaraf dengan kaum lain di Malaysia. Bukti yang lain pula, jika anda melihat kemasukan pelajar di Universiti tempatan seperti UMS, UITM, Kolej-kolej Swasta di Negeri Sabah, terdapat ramai gadis Dusun yang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tersebut.

Awek Dusun amat setia dengan pasangan
Awek Sabah terutamanya ‘sumandak’ dusun bukan sahaja amat
terkenal dengan kecantikan semulajadi yang dimiliki mereka tetapi yang paling
menarik sekali, ‘sumandak’ Dusun amat setia dengan pasangan mereka lebih-lebih
lagi apabila mereka telah berumah tangga.
Ini dibuktikan dengan kurangnya perceraian yang berlaku diantara pasangan gadis Dusun yang telah pun berkhawin di negeri ini.
Gadis Dusun akan mempertahankan perkahwinan mereka dengan sebaik mungkin dan, mungkin penceraian amat jarang berlaku kerana disebabkan gadis Dusun amat menjaga pasangan mereka hinggakan pasangan mereka mencintai isteri mereka kekal sepanjang hayat.

Gadis Dusun ramai yang berkahwin dengan kaum lain
Jika anda berada di negeri Sabah, anda akan melihat terdapat
ramai ‘sumandak’ Dusun dikahwini oleh kaum lain terutamanya dari kaum Cina,
Melayu, Iban, dan banyak lagi kaum yang lain.
Ini menandakan gadis Dusun memiliki daya tarikan yang tersendiri serta memiliki kecantikan yang asli membuatkan kaum lain amat tertarik dengan ‘sumandak’ Dusun Sabah ini.
Beberapa rakan penulis yang berasal dari Semenanjung Malaysia sanggup menetap di Sabah selama bertahun-tahun lamanya kerana telah pun berkahwin dengan gadis Dusun.

Kesimpulan
Artikel ini ditulis berdasarkan pemerhatian sendiri penulis
mengenai gadis Dusun yang berada di negeri Sabah.
Jika terdapat maklumat yang kurang tepat, mungkin anda boleh berkongsi dengan penulis dengan meninggalkan ruang komen dibawah.
Bagi anda yang ingin mengetahui rahsia bagaimana kaum gadis Dusun menjaga hubungan rumah tangga yang mampu berkekalan sepanjang hayat, mungkin anda boleh berkawan dengan mereka untuk mengetahui rahsia tersebut. Huhu.
# Sumber Photo: hmetro

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.