3 Kelebihan Mencari Kerja Kosong Dengan Memiliki Sijil Kemahiran
Zaman sekarang persaingan untuk mendapatkan pekerjaan amat
sengit sekali kerana pada masa kini terdapat beribu graduan yang akan
menamatkan pengajian mereka di peringkat universiti tempatan atau swasta,
kolej-kolej dan di peringkat sekolah menengah.
Persaingan ini begitu ketara sekali apabila sesuatu iklan pekerjaan diumumkan kepada orang ramai melalui media, akhbar-akhbar tempatan dan anda akan melihat terlalu ramai untuk mendapatkan pekerjaan tersebut sedangkan adakalanya kekosongan jawatan yang ditawarkan hanya memerlukan beberapa orang sahaja.

3 Kelebihan Mencari Kerja Kosong Dengan Memiliki Sijil
Kemahiran
Disini penulis ingin memberikan anda sedikit tips
kelebihan-kelebihan jika anda mencari pekerjaan dengan mempunyai bekalan dengan sijil kemahiran. Tips-tips ini
membolehkan anda mengetahui betapa pentingnya memiliki sijil kemahiran sebelum
mencari pekerjaan. Berikut adalah tips sebagai pengetahuan penting anda.
1. Mampu bersaing dengan pencari kerja yang lain
Tahukah anda, dengan memiliki sijil kemahiran mengikut
pengkhususan pekerjaan berdasarkan kerja yang menawarkan sumber pekerjaan yang
sesuai dengan sijil kemahiran yang anda miliki, sudah tentunya ia akan menjadi
satu kelebihan bagi anda berbanding dengan pencari kerja yang lain.
Cuba anda bayangkan, apabila sesuatu pekerjaan yang ditawarkan menerusi media sosial, akhbar-akhbar, media massa, sudah tentunya pada zaman sekarang, pada hari iklan sesuatu pekerjaan diumumkan kepada awam, terdapat beribu pencari kerja yang akan datang ke tempat syarikat yang menawarkan pekerjaan tersebut.

Bagi anda yang mempunyai sijil kemahiran yang sesuai dengan
pekerjaan yang ditawarkan, misalnya anda memiliki sijil kemahiran berkaitan
dengan automotif dan pada masa yang sama, kekosongan yang ditawarkan kepada
anda adalah berkaitan dengan automotif, hampir 100% anda akan berjaya
memperolehi pekerjaan tersebut berbanding dengan pesaing anda yang langsung
tidak memiliki sijil kemahiran berkaitan dengan kemahiran automotif.
2. Mudah diterima untuk bekerja
Seperti yang penulis katakan sebelum ini, anda akan mudah
diterima bekerja kerana anda memiliki sijil kemahiran mengikut bidang ataupun
kemahiran mengikut tawaran dari syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada anda.
Mana-mana majikan yang mencari pekerja kepada syarikatnya akan mengutamakan kemahiran ataupun seseorang itu harus memiliki sijil kemahiran pengkhususan sesuatu bidang untuk memudahkan setiap pekerjaan di dalam syarikat tersebut dilakukan ataupun dilaksanakan oleh individu yang memiliki kemahiran yang disyaratkan oleh syarikat.

3. Tiada masalah untuk mengendalikan pekerjaan yang ditetapkan
Adakalanya, terdapat juga majikan yang akan memberikan latihan demi latihan kepada pekerja mereka setelah bekerja di dalam syarikat tersebut.
Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman langsung mengenai pekerjaan tersebut, ia adalah saat-saat yang sukar bagi mereka untuk mempelajari sesuatu bidang yang agak baru, tetapi bagi anda yang memang sah memiliki kemahiran mengendalikan pekerjaan itu, ia adalah satu bonus kepada anda kerana anda mungkin akan menjadi orang kepercayaan kepada majikan anda kerana kemahiran yang anda miliki berdasarkan krusus yang anda ikuti sebelum diterima bekerja di dalam bidang sekarang.

Penutup
Walaupun ramai yang datang dengan kelulusan ijazah
untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan tetapi mereka masih tidak mampu
menjamin akan diterima untuk bekerja kerana mereka tidak memiliki sijil
kemahiran pengkhususan terhadap bidang sesuatu pekerjaan tersebut.
Penulis menasihatkan, ikutilah krusus-krusus yang menawarkan pengkhususan kemahiran sesuatu bidang kerana ianya amat penting sebagai senjata berharga semasa anda mencari pekerjaan nanti.
Artikel ringkas ini amat penting untuk anda ketahui sebagai persediaan anda untuk bersaing dengan pencari pekerjaan yang lain kerana menurut pengalaman penulis, apabila sesuatu kekosongan pekerjaan yang diumumkan kepada masyarakat, terdapat begitu ramai sekali yang akan datang untuk mencuba nasib dalam temuduga tersebut.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.