Cara Mengawal Kereta Manual Kawasan Jalan Berbukit Tinggi
Halloo, sahabat, artikel pada kali ini adalah mengenai
bagaimana caranya mengawal kereta manual semasa mendaki bukit ataupun anda
memandu di kawasan jalan berbukit.
Menguasai kereta manual bukan sekadar anda hanya boleh memandu kereta ini tetapi anda harus tahu mengendalikan kereta ini dalam apa jua situasi permukaan jalan misalnya semasa menuruni bukit, mendaki bukit, bagaimana mengawal kereta semasa jalan licin, hujan lebat, menyeberangi sungai, kerana kita tidak akan tahu situasi-situasi yang kita hadapi di dalam perjalanan kita.
Oleh itu pelajaran memandu kereta sebenarnya mempunyai skop yang luas dan bukan hanya semata-mata tahu cara memandu asasnya sahaja.

Cara-cara mengawal kereta manual semasa mendaki jalan bukit
Penulis mengandaikan anda telah pun menguasai
pergerakan-pergerakan gear manual kerana anda telahpun cuba untuk belajar
bagaimana memandu kereta manual di kawasan jalan berbukit.
Anda harus benar-benar telahpun menguasai segala pergerakan gear ini kerana mencuba sendiri memandu kereta manual di kawasan jalan berbukit amat berbahaya sekiranya anda masih belum menguasai sepenuhnya pergerakan gear manual kecuali terdapat tenaga pengajar yang bersama-sama anda semasa memandu di jalan berbukit tinggi.

![]() |
| Gambar Hiasan |
Semua orang mengetahui penggunaan gear yang rendah seperti gear 1, 2, 3 adalah gear terbaik patut anda gunakan semasa berada di kawasan jalan yang tinggi, dimana anda harus mengabungkan kecepatan pergerakan tangan anda untuk menukar gear 1,2,3 berdasarkan tingginya jalan berbukit itu. Berikut adalah situasi perlu anda fahami apabila berada di kawasan jalan berbukit.
Situasi jalan berbukit, kenderaan bergerak lancar
Sekiranya anda memandu di jalan yang berbukit dan anda
mendapati pergerakan-pergerakan kenderaan yang lain bergerak dengan lancar, apa
yang patut anda lakukan adalah, jika jalan tersebut benar-benar tinggi misalnya
seperti jalan di Genting Highland, penggunaan gear 1 dan gear 2 adalah gear
terbaik untuk menaiki jalan yang benar-benar tinggi.
Adakalanya bagi sesetengah pemandu apabila situasi jalan adalah lancar tanpa kenderaan yang lain, mereka akan melakukan pecutan pada awal pendakian pemanduan tersebut untuk mendapat momentum pergerakan kereta yang lancar tanpa menggunakan gear rendah tetapi cara ini adalah pemanduan yang telah berpengalaman.

Situasi jalan berbukit, kenderaan bergerak perlahan
Apabila anda melalui kawasan jalan yang berbukit dan
mendapati jalan tersebut sesak dengan kenderaan tetapi kenderan bergerak perlahan tanpa berhenti,
apa yang perlu anda lakukan, gunakan gear rendah 1 dan 2 sahaja.
Anda harus bijak menukar gear 1 dan sekiranya perlu menukar ke gear 2 bergantung pada situasi tingginya jalan tersebut.
Cara ini membolehkan enjin kenderaan anda tidak mati kerana penggunaan gear yang betul. Sekiranya anda menggunakan gear 3, penulis percaya enjin kereta anda akan mati di kawasan jalan tersebut kerana gear 3 tidak sesuai digunakan semasa kenderaan bergerak perlahan semasa medaki bukit.

Situasi jalan berbuki, kenderaan bergerak dan berhenti-henti
sekejap-sekejap
Situasi ini adalah situasi yang paling dirisaukan oleh
banyak pemandu yang masih baru apabila mengalami kesesakan di jalan yang
berbukit tinggi lebih-lebih lagi memandu kereta jenis manual.
Jangan panik! Ini adalah rahsia utama untuk membolehkan enjin kereta tidak mati pada situasi ini, cuba untuk bertenang, semasa mengerakkan kereta, sambil menekan klac, gear berada di kedudukan ‘free’, masukkan ke gear 1, tekan pedal minyak agak kuat sedikit, lepaskan pedal klac perlahan-lahan dan pada masa yang sama turunkan brek tangan, kenderaan anda akan bergerak maju ke depan.
Sekiranya anda menekan pedal minyak tanpa kuasa yang cukup, enjin kereta anda akan mati. Selain itu gagal menguasai brek tangan juga akan menyebabkan kereta anda boleh terundur ke belakang.

Situasi berhenti di jalan berbukit
Apabila anda memberhentikan kereta anda di jalan yang
berbukit, pastikan brek tangan berfungsi dengan baik kerana sekiranya brek
tangan tidak berfungsi dengan baik, kereta anda boleh bergerak ke bawah bukit.
Apabila anda berada di situasi memandu di jalan berbukit dan terdapat hal yang mengharuskan anda berhenti, pastikan anda menukar gear ke kedudukan ‘free’ tekan pedal brek kaki, kemudian tarik brek tangan dan barulah lepaskan pedal brek kaki.

Nasihat-nasihat kepada pemandu baru
Artikel ini hanyalah pengetahuan am anda sahaja, penulis
tidak mengesyorkan anda mengikuti cara ini seratus-peratus kerana penulis risau
pemahaman anda tidak sama seperti apa yang cuba disampaikan oleh penulis.
Anda harus belajar dari tenaga pengajar yang ada di depan mata anda untuk membolehkan anda memahami dengan mudah bagaimana mengendalikan kereta manual semasa melalui jalan berbukit.
Sebagai pengetahuan anda, penulis telah memandu kereta manual selama bertahun-tahun dan penulis pernah memandu di jalan berbukit Cameron Highland, Genting Highland dan jalan-jalan berbukit di kawasan Banjaran Crooker negeri Sabah. Semoga tips ini membantu anda, baca juga artikel Cara Memandu Kereta Manual.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.