Negeri Sabah Bakal Pengeluar Tanaman Halia Secara Besar-Besaran?
Daerah Tambunan Sabah setakat ini adalah pengeluar tanaman
halia yang paling popular sekali di negeri ini hinggakan kebanyakan pembeli
tanaman ini akan tertumpu di daerah ini bagi mendapatkan bekalan benih halia
yang mudah diperolehi di kawasan ini.
Bukti yang mudah sekali, sekiranya anda datang seawal pagi pada hari khamis iaitu hari pasar tani di Tamu Ground di Pekan Tambunan, anda akan melihat betapa sibuknya jual beli tanaman halia di kawasan tamu dimana benih halia dijual oleh penduduk di sekitar daerah ini kepada pembeli-pembeli dalam daerah ini sendiri atau pembeli daripada luar.
Bukti yang mudah sekali, sekiranya anda datang seawal pagi pada hari khamis iaitu hari pasar tani di Tamu Ground di Pekan Tambunan, anda akan melihat betapa sibuknya jual beli tanaman halia di kawasan tamu dimana benih halia dijual oleh penduduk di sekitar daerah ini kepada pembeli-pembeli dalam daerah ini sendiri atau pembeli daripada luar.
Secara umumnya semua penduduk di daerah ini ataupun penduduk
luar mengetahui sebuah kampung di daerah ini iaitu Kg Tikolod Tambunan adalah
pelapor awal kepada tanaman halia ini hinggakan kampung ini diikhtiraf sebagai
kampung pengeluar halia yang paling maju sekali dan anda percaya atau tidak,
beberapa penduduk dari kampung ini telah pun menjadi jutawan dengan hanya
mengusahakan tanaman halia.
Setiap tahun pula daerah Tambunan akan meraikan perayaan
Festival Bambu dan Halia yang selalunya dianjurkan pada penghujung bulan
oktober dan perayaan ini akan dirasmikan oleh mantan timbalan menteri Sabah
iaitu YAB Datuk Sri Joseph Pairin Kitingan. Ini secara tidak langsung, kerajaan
negeri Sabah telahpun mengikhtiraf tanaman halia yang telahpun berkembang pesat
penanamannya di daerah ini.
Tanaman halia di daerah ini telah menjadi sumber pendapatan
lumayan sejak sekian lama oleh penduduk di sekitar daerah Tambunan dan daerah
ini juga dikenali oleh kebanyakan pembeli beni halia dari Semananjung Malaysia
kerana benih halia Tambunan amat berkualiti tinggi. Ini dibuktikan sekiranya
anda datang di Kg Tikolod Tambunan, anda akan melihat beberapa pengusaha di kampung ini akan mendapatkan bekalan halia
untuk diekspot ke Semananjung. Hal ini berlaku beberapa tahun dulu, tetapi kini mungkin halia masih diekspot ke kawasan yang sama bagi menampung keperluan bekalan halia.
Perkembangan berita ini mungkin satu perkara yang positif
kerana akan wujudnya persaingan dalam jual beli harga pasaran halia di seluruh
Sabah tetapi hal ini juga akan menyebabkan lambakan bekalan halia yang sukar
terjual dan harga pasaran halia akan
mungkin menurun kecuali pasaran halia dieksport ke pasaran Asia Tenggara atau
pasaran yang lebih luas di kawasan Asia dan bukan hanya ke pasaran Peninsular
sahaja kerana halia tempatan Sabah mempunyai gred kualiti yang amat bagus.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.