Pacuan Empat Roda Paling Top Di Negeri Sabah
Bagi peminat truck lover di negara ini, mungkin anda ingin
mengetahui beberapa berita yang menarik mengenai pacuan empat roda yang berada
di kawasan yang paling banyak jalan berbukit bukau iaitu di Sabah yang mana
negeri ini popular oleh banjaran Crooker yang terpanjang di Asia
Tenggara.
Apakah truck pick up yang paling banyak digunakan oleh masyarakat tempatan di negeri ini? Mungkin bagi anda yang tinggal di negeri ini anda telahpun mengetahui jawapannya walaupun jawapan ini bukanlah jawapan yang 100% tepat tetapi ia hanyalah berdasarkan pemerhatian penulis sahaja.

Apa yang penulis perhatikan, Toyota Hilux masih mendominasi
penjualan kereta pickup di negeri ini berdasarkan banyaknya kereta keluaran Toyota
yang terbaru dan sentiasa kelihatan di
jalan-jalan raya di sekitar negeri ini.
Maklumat ini dikuatkan dengan beberapa rakan penulis yang bekerja sebagai ‘seller’ di syarikat Toyota yang mana mereka mengatakan setiap kali keluaran kereta terbaru Toyota, akan terdapat banyak tempahan daripada orang ramai. Bagi penulis, orang ramai membeli kereta 4WD keluaran Toyota di negeri mungkin disebabkan harga yang masih tinggi di pasaran sekiranya ingin menjualnya semula.

Walaupun Toyota Hilux masih menjadi kepercayaan orang ramai
di negeri ini, pesaing terdekat bagi
syarikat ini adalah kereta pacuan empat roda Ford Ranger 6 Speed yang
semakin popular sejak akhir-akhir ini di negeri ini. Kereta ini menjadi dambaan
bagi kebanyakan truck lover kerana bentuk dan gaya kereta pick up yang begitu
elegen, moden, ruang yang lebih luas dan bagi pendapat kebanyakan pengguna
truck pick up ini, mereka mengatakan Ford Ranger 6 speed adalah yang paling
terbaik sekali.
Jika penulis melihat kebanyakan pengusaha sawit pula yang berada di
negeri ini, rata-rata mereka menggunakan truck Ford Ranger ini sebagai kegunaan mereka. Penulis juga mempunyai
ramai kenalan yang mengusahakan ladang sawit dan memang benar Ford Ranger
adalah pilihan mereka. Bermula dengan Ford Ranger single cap hinggalah Ford Ranger
double cap model 2.2L Manual 4x4 XLT dan Wild Track.
Bagi jenama pacuan empat roda yang lain seperti Mitsubishi,
Dmax, Nissan Navara, Clorado Chevrolet, dan lain-lain, jenama kereta ini masih
terdapat peminat yang tersendiri, tetapi tidaklah standing dengan ramainya pengguna
jenama seperti Toyota Hilux dan juga Ford Ranger yang memang sah banyak
kelihatan di jalan-jalan raya di sekitar negeri Sabah.
Melihat melalui YouTube bagi kereta Ford Ranger di Malaysia
menunjukkan, kereta ini telah menjadi satu fonemena yang telah menarik begitu ramai
sekali peminat bagi kereta pacuan empat roda di negara ini. Bukan sahaja hanya
negeri Sabah sahaja tetapi negeri Sarawak dan juga peminat-peminat kereta jenis
pickup dari Semenanjung amat meminati kereta dari keluaran Ford iaitu Ford
Ranger 2.2L XLT.
Anda telahpun mengetahui top kereta pacuan empat roda di Sabah
walaupun hanya berdasarkan pemerhatian penulis sahaja, penulis juga berasakan
anda yang membaca artikel ini memang telahpun memasang niat untuk membeli
kereta jenis truck tetapi tidak mengetahui apakah kereta yang terbaik untuk
digunakan.
Bagi penulis, Ford Ranger adalah pick up terbaik sepanjang zaman kerana ia diuji ketahanan melalui pelbagai situasi yang amat lasak. Jika anda masih ragu-ragu mengenai truck ini, lihat lah sendiri melalui video YouTube mengenai ujian-ujian mengenai pick up ini. Semoga artikel ini bermanfaatkepada anda dan semoga berjaya diatas pemilihan kereta anda!

#Photo kredit: Ford Malaysia

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.