Tamu Pekan Daerah Tambunan Sabah
Tahukah anda di mana daerah Tambunan? Bagi anda yang masih
tidak mengetahui lokasi daerah ini, Tambunan adalah daerah yang berlokasi di
bahagian pedalaman Sabah berdekatan dengan daerah Keningau dan juga daerah
Ranau.
Tambunan adalah satu daerah yang dikelilingi oleh banjaran-banjaran Croker dan jika diteliti dari segi geografi, daerah ini adalah satu lembah yang indah dan tidak hairanlah daerah ini dikenali sebagai ‘East of New Zeland’ oleh segilintir pelancong yang datang di daerah ini.
Melalui daerah ini juga, anda akan melihat gunung Kinabalu yang tersergam indah yang nampak jauh kelihatan di daerah Ranau pada hari ketika cuaca yang baik.

Apa yang penulis cuba sampaikan disini adalah bukanlah mengenai sejarah atau tempat yang menarik di
daerah ini tetapi mengenai keunikan Tamu Pekan Tambunan ataupun pasar tani yang
mempunyai keunikan yang tersendiri disebabkan kebanyakan hasil tanaman yang
dijual tidak mengandungi baja atau racun serangga perosak atau erti kata yang
lain, ia adalah hasil tanaman yang segar dan bebas dari bahan kimia.
Hasil tanaman penduduk di daerah ini boleh dilihat pada setiap hari khamis di kawasan tapak ‘Tamu’ Tambunan ataupun ‘Tamu Ground’ dan kebanyakan penduduk dari pelusuk daerah ini akan datang ke kawasan pasar tani ini untuk menjual hasil tanaman mereka dan juga datang untuk membeli-belah.
Sebagai pengetahuan anda, Tamu Pekan Tambunan telah dirasmikan oleh Menteri Sabah YAB Datuk Sri Joseph Pairin Kitingan pada 19 ogos 1988 dan tapak ini mampu bertahan sehingga kini sebagai pusat pasar tani yang amat meriah pada setiap kali diadakan bermula pada petang rabu sehinggalah hari khamis.
Di kawasan Tamu ini juga berdirinya tugu memorial lagenda pahlawan asal usul Tambunan iaitu dua arca patung yang dikenali sebagai Gombunan dan Tamadon yang menjadi symbol kebanggaan penduduk yang tinggal di daerah ini.

Jika anda berpeluang untuk melawat tamu ini, datang lah
seawal pagi pada setiap hari khamis dan anda akan melihat keunikan tamu
Tambunan serta anda akan merasakan
kemeriahan yang unik ketika berada di tempat ini.
Melalui tamu ini juga, bukan sahaja hasil tanaman penduduk tempatan yang mudah diperolehi disini tetapi anda akan disajikan dengan pelbagai lagi jualan yang menarik dari penjual-penjual dari daerah yang lain yang turun serta berniaga di tamu ini seperti pakaian bundle, pakaian baru, tembakau, peralatan-peralatan perhiasan diri, buku-buku, alatan elektronik, dan pelbagai lagi yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Apabila bulan lima atau bulan mei menjelang tiba, berhampiran
tapak tamu tambunan ini juga dijadikan sebagai pusat acara majlis pesta menuai ataupun
‘Tadau Kaamatan’ diadakan dengan penuh meriah sekali dan tidak hairanlah
kawasan ini akan menjadi amat sesak dengan pengunjung tempatan atau pengunjung
yang datang dari daerah yang lain.
Kepada mereka yang telah lama tidak datang di daerah ini, anda digalakkan untuk datang semula untuk merasai kemeriahan tamu Tambunan kerana terdapat beberapa perubahan menarik yang ada di kawasan ini. Semoga artikel ini serbah sedikit menambahkan pengetahuan anda mengenai pasar tani yang popular di daerah ini.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.