Tips Mengenal Pasti Kereta Sukar Dihidupkan Akibat Masalah Bateri Kereta
Pernahkah anda semasa menghidupkan enjin kereta tetapi
kereta tidak boleh dihidupkan? Memang situasi ini membuatkan sesetengah dari
anda akan merasa panic lebih-lebih lagi pada masa itu anda hendak ke tempat
kerja seawal waktu pagi.
Yang lebih teruk lagi, bateri kereta langsung ‘weak’ atau tidak mempunyai kuasa langsung. Jangan risau, masih terdapat beberapa tips atau altenatif untuk mengatasi masalah anda walau begitu memang tidak dinafikan masalah kereta berpunca daripada bateri perlu mengambil masa untuk menghidupkan semula enjin kereta anda.

Cara Mengenal Pasti Kereta Sukar Dihidupkan Akibat Bateri
Kereta Anda Mula Rosak
Apa yang paling penting sekali, semasa anda cuba untuk
menghidupkan kereta dan pada masa yang
sama kereta sukar untuk dihidupkan ataupun ketika anda memulas kunci untuk
menghidupkan kereta, bunyi enjin seolah-olah hampir untuk dihidupkan tetapi
ianya masih sukar untuk dihidupkan sepenuhnya, langkah-langkah yang perlu anda
lakukan adalah,
![]() |
| Photo Credit: Pexels |
1. Cuba untuk bertenang, pulas kunci kereta anda kearah ‘on’
(isyarat untuk menghidupkan kereta), pastikan meter minyak berfungsi kearah
normal, iaitu menunjukkan tahap sukatan minyak kereta anda.
Pada masa yang sama, pastikan juga, lampu-lampu pada meter berfungsi dan cuba untuk menghidupkan lampu hadapan serta lampu isyarat (lampu signal) kiri dan kanan. Langkah ini bertujuan untuk memastikan, punca masalah adalah daripada bateri kereta anda.
Jika lampu-lampu berfungsi dengan normal dan masih dalam keadaan terang pada lampu hadapan apabila dihidupkan, terdapat kemungkinan bateri kereta anda mula ‘weak’ kerana adakalanya bateri yang menunjukkan tanda ‘weak’ masih menunjukkan cahaya yang normal pada lampu hadapan apabila dihidupkan.
Tetapi bagi lampu hadapan yang malap ketika dihidupkan, memang sah ianya berpunca dari masalah bateri kereta anda.

2. Bateri ‘weak’ disebabkan telah sampainya hayat bateri kereta anda sama ada anda menggunakan
bateri kereta sel kering atau bateri sel basah.
Bagi sesetengah kereta, tanda-tanda bateri ‘weak’ dapat diketahui semasa enjin dihidupkan, ianya bukan sahaja enjin kereta sukar untuk dihidupkan tetapi alarm pada kereta akan berbunyi dan sesetengah kereta lain pula, alarm kereta tidak berbunyi langsung kerana bateri kereta telah kehilangan kuasa sepenuhnya dan hal ini sering berlaku kepada kepada kereta yang menggunakan bateri sel kering.

3. Altenatif lain bagi mengenal pasti sejauh mana kuasa
bateri anda pada situasi anda yang tidak mempunyai alat untuk mengetahui tahap
kuasa pada bateri kereta adalah dengan menggunakan wayar berukuran (1) kaki dan
cuba untuk membuat ‘connection’ daripada positif(+) ke negative(-) pada pusat
terminal bateri anda.
Sekiranya terdapat ‘spark’ ataupun percikan api yang lemah hasil ‘connection’ tersebut ia menandakan kuasa bateri anda telah lemah tetapi sekiranya ‘spark’ agak kuat, terdapat hanya dua kemungkinan, tahap bateri anda mula melemah kerana gagal untuk menghidupkan enjin kereta melalui ‘starter’ ataupun ianya berpunca daripada masalah lain.

Tindakan awal untuk mengatasi bateri kereta ‘weak’
Jika anda telah mengetahui kereta anda sukar dihidupkan
disebabkan oleh masalah pada bateri, apa yang perlu anda lakukan adalah, buka
bonet enjin kereta anda dan pastikan juga klip wayar pada terminal positif dan
negative pada bateri tidak longgar kerana ia juga salah satu penyebab kereta
anda sukar untuk dihidupkan.
Sekiranya ianya dalam keadaan ketat dan masih sukar untuk dihidupkan , alternative pertama, cuba menggunakan ‘Jumper’ dengan menggunakan bateri lain yang disambungkan pada bateri yang telah ‘weak’ di kereta anda.
Pastikan anda memasang klip daripada kabel positif (+) terlebih dahulu dan barulah memasang pada kabel (-). Jika anda tidak mempunyai bateri kereta extra, anda boleh memanggil rakan-rakan anda yang mempunyai kereta untuk meminta bantuan dari mereka untuk melakukan ‘jumper’ keatas kenderaan anda.
Cara ini amat berkesan sebagai altenatif sementara untuk mendapatkan gantian bateri kereta baru.

Cara-cara jumper kereta anda
1. Prosuder untuk melakukan jumper kereta adalah klip kabel
jumper positif (+) perlu dilekatkan ke
terminal bateri positif (+) pada bateri
weak terlebih dahulu dan seterusnya ke
terminal positif (+) bateri yang baru ataupun bateri berkeadaan baik.
2.Langkah seterusnya Klip
Kabel jumper negative (-) perlu dilekatkan ke pusat terminal negative (-) bateri baru dan
seterusnya klip kabel jumper negative (-) pada bateri weak.
Walau begitu anda disyorkan klip kabel jumper negative (-) ke bateri weak perlu dilekatkan di mana-mana bahagian besi pada kereta kerana jika anda melekatkan klip kabel jumper negative (-) ke terminal negative (-) pada bateri weak, dikhuatiri akan menghasilkan letupan disebabkan lebihan gas hydrogen, walau begitu ianya sebenarnya jarang berlaku .

| Photo Credit: Pixabay |
3. Apabila kereta anda dapait dihidupkan, cara untuk
menanggalkan klip kabel jumper adalah, klip kabel jumper negative (-) yang
dilekatkan di mana-mana bahagian besi pada kenderaan ditangalkan terlebih
dahulu dan seterusnya kabel klip jumper negative (-) pada bateri baru dan
seterusnya klip kabel jumper positif (+) bateri baru dan terakhir sekali kabel
positif (+) pada bateri weak.
4. Jika kereta anda
telah pun berjaya dihidupkan, biarkan enjin kereta anda dalam keadaan hidup
didalam anggaran 15 minit hingga 20 minit untuk memastikan bateri anda dicas
semula, walau begitu anda disaran untuk segera mendapatkan gantian bateri
kereta yang baru kerana dikhuatiri kereta anda akan sukar dihidupkan kembali.
Rakan-rakan dan anda tidak mempunyai ‘jumper’? Sekiranya hal
ini terjadi semasa situasi kereta anda sukar dihidupkan, anda boleh meminta
bantuan daripada mereka untuk membawa anda ke kedai alat ganti untuk melakukan
pembelian bateri kereta yang baru dan meminta bantuan daripada mereka untuk
melakukan pemasangan bateri tersebut.
Jika anda mempunyai rakan-rakan di kalangan mekanik, ia satu kelebihan bagi anda kerana, mereka amat mengetahui masalah kereta dan sudah tentunya rakan mekanik anda akan mengetahui segera apakah masalah kereta anda itu.

Altenatif terakhir sekiranya anda tidak mempunyai
rakan-rakan untuk meminta bantuan, lakukan panggilan melalui talian hotline
keatas insuran kereta anda untuk menunda
kereta anda ke bengkel yang terdekat kerana jika anda mempunyai insuran ‘first
party’, selalunya insuran yang baik mempunyai cawangan perkhidmatan towing
kereta 24 jam di serata negeri ataupun mereka
mempunyai panel perkhidmatan towing di kawasan yang tidak mempunyai cawangan
towing tersebut.
Anda hanya melakukan panggilan dan sekiranya lokasi anda masih termasuk di dalam syarat perkhidmatan mereka, perkhidmatan ini adalah percuma tetapi sekiranya anda berada di luar dari syarat perkhidmatan mereka, anda akan dikenakan bayaran setiap kilometer bagi perkhidmatan towing ini.

Bagaimana jika anda panel insuran ini tidak mempunyai
perkhidmatan towing kereta? Sekiranya ini berlaku keatas anda, anda terpaksa
melakukan panggilan kepada perkhidmatan tunda kereta di tempat anda untuk
membawa kereta ke bengkel terdekat.
Selalunya nombor telefon perkhidmatan tunda kereta amat mudah diperolehi menerusi internet dan sebagai peringatan anda, pastikan anda bertanya dahulu berapakah jumlah bayaran yang akan dikenakan oleh perkhidmatan kereta tunda itu kerana sesetengah perkhidmatan ini akan mengenakan bayaran yang tinggi keatas pelanggan mereka.

Punca-punca lain kereta sukar dihidupkan selain masalah pada
bateri kereta
Sebenarnya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kereta
anda sukar untuk dihidupkan tetapi secara lazimnya, kebanyakan kereta sukar
untuk dihidupkan disebabkan masalah pada bateri yang mengalami ‘weak’ ataupun
rosak.
Antara kemungkinan lain masalah yang menjadi penyebab adalah, masalah pada starter kereta anda, masalah pada kunci, Plug pencucuh rosak, distributor leaking, fuel pump rosak, dan banyak lagi. Cara terbaik bagi mengatasi masalah kereta anda adalah menghantar kereta anda ke bengkel yang dipercayai oleh anda kerana mekanik yang bagus akan melakukan pemeriksaan rapi dan seterusnya melakukan pembaikan keatas kereta anda.

Tips-tips ini hanylah makluman awal anda sahaja mengenai
kereta yang disebabkan oleh masalah yang lazim berlaku iaitu masalah ‘bateri
kong’ ataupun bateri weak. Apa pun panduan terbaik untuk mengatasi masalah anda
adalah melalui mekanik yang mempunya pengalaman berbelas tahun mengenai masalah-masalah
kereta.
Sebagai pengetahuan anda, bateri kereta sel basah perlu dijaga sepenuhnya untuk memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik dengan melakukan pemeriksaan keatas level air pada bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali dan bagi bateri sel kering pula, ia harus dipantau dari semasa ke semasa terutama sekali pada wayar terminal positif dan negative untuk memastikan kabel tidak longgar dan perlu memastikan jangka hayat maksimum bateri sel kering perlu diambil perhatian.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.