Resepi Nasi Lemak Dalam Bisnes Kedai Makan, Boleh Untung Ke?
Nasi lemak adalah resepi warisan turun- temurun dari
genarasi terdahulu dan makanan ini amat popular sekali terutama di kalangan
kaum Melayu dan makanan ini juga menjadi kegemaran di kalangan kaum lain di
Malaysia.
Artikel kali ini, mengupas sejauh mana resepi ini mampu memberi keuntungan kepada anda apabila anda mempunyai perniagaan kedai makan.
Artikel kali ini, mengupas sejauh mana resepi ini mampu memberi keuntungan kepada anda apabila anda mempunyai perniagaan kedai makan.
Sebenarnya, sebelum menulis artikel mengenai nasi lemak,
penulis telah banyak merantau jauh di kebanyakan tempat di Malaysia dan
penulisan ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri mengenai keunikan resepi nasi lemak di serata
negara kita.
Pendek kata, lain tempat, resepi nasi lemak adalah berbeza-beza.
Pendek kata, lain tempat, resepi nasi lemak adalah berbeza-beza.
Pada pengamatan penulis, jika anda menetapkan menu utama di
kedai makan anda iaitu nasi lemak, ia akan mengundang pengunjung yang tersendiri
kepada bisnes kedai makan anda, percaya atau tidak, realitinya orang ramai di
negara kita amat mengemari resepi makanan ini.
![]() |
| Photo Nasi Lemak by Nyonya Cooking |
Untuk pengetahuan anda, Kuantan adalah satu bandar yang
terkenal dengan pelbagai kedai makan masakan Melayu, lihat sahaja di kawasan Tanjung
Lumpur, Tanjung Api, Taman Gelora,
Padang Lalang, Baserah atau dalam bandar Kuantan itu sendiri, boleh dikatakan
bersepah dengan kedai makan yang berteraskan masakan Melayu.
Jika anda ke Kuantan pada awal pagi dan ingin merasai
sendiri resepi sarapan di kedai-kedai ataupun gerai-gerai Melayu, kebanyakannya
menyediahkan resepi masakan tradisional termasuklah nasi lemak sebagai juadah
kepada pengunjung.
Apa yang penulis perhatikan, bagi kedai makan yang menyediakan
resepi nasi lemak yang unik dan sedap, terdapat ramai pengunjung yang akan
datang ke kedai makan tersebut terutama sekali pengunjung yang datang di kedai
makan itu, adalah terdiri dari kakitangan kerajaan dan juga kakitangan swasta.
Bayangkan, apabila anda datang agak lewat di salah satu
kedai makan yang menyediahkan nasi lemak yang unik dan sedap, kedai makan itu
telah dipenuhi oleh ramai pengunjung dan anda terpaksa berdiri dan beratur di
luar kedai untuk menunggu pelanggan lain hingga selesai makan.
Apakah resepi nasi lemak kedai makan itu hingga digemari
oleh ramai pelanggan? Bagi penulis, resepi nasi lemak yang disediakan oleh
pemilik kedai makan itu hanya menggunakan air santan kelapa serta daun pandan pada beras
yang dikukus serta ikan tongkol yang dimasak bersama-sama dengan sambal
menjadikan nasi lemak di salah satu kedai makan di Kuantan itu unik dan sedap.
Tahun 2016 kita saksikan satu gadis lepasan universiti yang
berniaga nasi lemak yang menjadi viral di media Malaysia yang dikenali sebagai ‘Nasi
Lemak Anak Dara’ hinggakan pada pembentangan Bajet 2017 nama gadis ini disebut
oleh Perdana Menteri Malaysia sebagi
gadis yang gigih berusaha.
Persoalannya disini, mengapa nasi lemak yang dijual oleh
gadis berkenaan menjadi popular?
Sebenarnya, ianya bukan disebabkan rupa gadis
itu cantik ataupun kerana dia adalah lepasan university tetapi, kerana, resepi
nasi lemak yang disediakan oleh ibunya sendiri, unik dan sedap serta disukai
oleh orang ramai di sekitar kawasan tersebut.
Tahukah anda Malaysia Airlines (MAS) menggunakan resepi nasi
lemak antara juadah kepada pelanggan
yang menggunakan perkhidmatan penerbangan mereka? Strategi ini bukan sahaja
memperkenalkan nasi lemak sebagai makanan tradisional negara kita kepada
pelancong luar negara tetapi mereka mengetahui resepi nasi lemak amat mudah
untuk disediakan kepada pelanggan.
Ini kerana, resepi nasi lemak tidak menggunakan banyak sangat
bahan dalam penyediaanya dan makanan ini mampu bertahan dengan masa yang agak
lama.
Nasihatnya disini, jika anda memiliki kedai makan, jangan
lah menyediakan resepi nasi lemak yang agak biasa kepada pelanggan anda tetapi
cipta lah resepi nasi lemak yang unik dan sedap kerana dengan hanya nasi lemak,
perniagaan anda mampu memperolehi keuntungan dan satu lagi pastikan, nasi lemak anda mempunyai
harga yang berbaloi kepada pelanggan.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.