Maksud Mimpi Dikejar Ular
Anda mengalami mimpi dikejar ular? Apakah makna mimpi itu? Apabila
anda bermimpi, sebenarnya, maksud mimpi anda
bergantung apa situasi atau keadaan, kawasan, perasaan dan tempat di
dalam mimpi anda. Anda bermimpi dengan ular bagaimana?
Sesetengah dari anda mungkin bermimpi digigit dengan ular, melihat ular, bunuh ular, ular
masuk rumah, mimpi banyak ular, ular masuk rumah, memegang ular dan bermacam ragam
lagi situasi di dalam mimpi yang dialami.
Mimpi dengan ular mempunyai pelbagai maksud tertentu yang
merujuk kepada kehidupan anda pada masa ini dan mungkin juga pada masa yang
akan datang.
Sesetengah pakar mimpi mengatakan, mimpi dengan ular merujuk
kepada lambang seksualiti lelaki kerana bentuk kepala ular tersebut, walau
begitu ianya bergantung kepada situasi di dalam mimpi anda.
Sesetengah pengkaji lain pula mengatakan ianya lambang
transformasi terhadap apa yang anda lakukkan. Ini lebih merujuk kepada haiwan
ini boleh bertukar kulit dan ianya lambang mengenai makna mimpi anda.
Jika di dalam mimpi anda ular ini telah mengiggit anda,
mungkin ia merujuk kepada perkara yang tidak baik misalnya kata-kata kesat
ataupun terdapat orang lain yang menyakiti hati anda atau anda sendiri yang
melakukkan perkara itu.
Jika anda mimpi dikejar dengan ular dan anda telah lari
daripada haiwan ini, ianya melambangkan dengan ketakutan, atau erti kata lain
anda sukar untuk mengakui atau untuk menghadapinya terhadap apa yang berlaku di
dalam kehidupan anda atau apa yang terjadi di masa akan datang.
Ia juga boleh membawa maksud terhadap sesuatu yang boleh
mengancam fizikal anda, mengenai kesajahteraan anda ataupun mungkin mengenai
emosi anda.
Di dalam kehidupan masa lampau dalam mitos Yunani, ular
dijadikan sebagai lambang kepada tongkat Asklepios. Jika anda melihat tongkat
tersebut, ianya dilingkari dengan seekor ular oleh Asklepios iaitu dewa kepada
perubatan.
Dan makluman anda, lambang ini digunakan oleh doktor-doktor
di barat sehingga kini bagi melambangkan kepada perubatan / penyembuhan dan
juga penjagaan kesihatan.
Ular adalah lambang kepada ketakutan bagi kebanyakan
manusia, geli disebabkan bentuk haiwan ini dan ia juga boleh merujuk kepada
ketidak percayaan terhadap seseorang di dalam kehidupan anda.
Ular bersifat mencekik, melingkari, menelan dan ia adalah
lambang kepada menyekat kehidupan, menghalang tindakan anda terhadap sesuatu
atau mengenai pergerakan anda.
Mimpi kepada ular berbisa seperti ular tedung pula, ianya
boleh mewakili terhadap seseorang di dalam kehidupan anda yang berbisa sesuatu
yang jahat datau negatif.
Walau begitu bergantung kepada situasi di dalam mimpi
seseorang, ular tedung juga boleh mewakili kepada pesona, mengoda, terpikat
dengan keindahan seseorang.
Jika anda melihat dan
samakan kepada permulaan kehidupan manusia iaitu Adam dan Hawa/Eva mengenai
ular, Mimpi ular melambangkan kepada godaan atau seseorang ingin mengoda anda.
Apabila anda bermimpi mengenai ular yang berwarna merah ia adalah
mungkin sebagai tanda dan amaran anda harus menjauhkan diri ataupun anda harus
menghentikan apa yang anda lakukkan.
Bagi ular yang berwarna hijua pula, ia mungkin sebagai tanda
ianya selamat untuk pergi dan tidak merbahaya dan anda tidak perlu bimbang.
Bagaimana dengan ular yang berwarna kuning? Ia mungkin
sebagai amaran anda harus berhati-hati untuk bergerak ke hadapan dan sentiasa
memberi pertimbangan dalam apa jua tindakan.
Apa-apa pun, ini adalah kesimpulan-kesimpulan yang biasa
terhadap mimpi tentang ular dan mungkin ianya tidak merujuk kepada maksud
sebenar mimpi anda.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.