Pentingnya Antivirus Untuk Komputer Anda!
Pernakah anda mengalami masalah pada komputer ataupun laptop
anda? Pada kebiasaannya, komputer yang bermasalah disebabkan oleh tindakan aktiviti virus. Jika ianya tidak
dikawal dan dibiarkan begitu sahaja, komputer ataupun laptop anda akan
mengalami kerosakan.
Oleh itu betapa pentingnya anda untuk memasang perisaian antivirus di komputer mahupun di laptop anda untuk memastikan komputer anda
tidak mengalami gangguan disebabkan oleh virus yang jahat.
Tidak dinafikan, terlalu ramai sangat daripada anda yang
sering mengabaikan hal penting ini hinggakan terdapat laptop dan juga komputer
mengalami masalah sedangkan ianya mungkin baru dibeli beberapa bulan yang lalu.
Malang sungguh bukan? Kenapa adanya virus yang datang
menyerang di komputer kita? Dan apa itu virus dan kaitannya dengan antivirus?
Baik, untuk pengetahuan anda, tuan-tuan dan puan-puan
sekalian, virus komputer adalah umpama sama dengan aktiviti penyakit virus yang
menyerang manusia.
Dan, yang paling merbahaya sekali, virus ini boleh digunakan
untuk mencuri maklumat peribadi anda!
Virus komputer juga amat mudah berjangkit dan merebak. Inya
boleh diangkut melalui e-mail, dari komputer ke komputer lain, melalui internet,
dan juga melalui USB. Inya amat menakutkan sekali bukan?
Terdapat beberapa mungkin persoalan dari anda, dari mana
datangnya virus komputer ini? Sebenarnya, virus ini datangnya dari ciptaan
manusia sendiri dan kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh mereka, digunakkan
untuk tujuan yang tidak baik.
Virus ini mengandungi kod-kod komputer yang memiliki
arahan-arahan tertentu untuk menyelusup ke dalam komputer untuk tujuan yang
tidak baik.
Walau pun begitu sesetengah virus umpamanya 'Spyware' dicipta
bukan untuk merosakkan tetapi ianya dicipta untuk mencuri maklumat orang lain.
Virus-virus yang sering kita dengar adalah seperti Worm, Trojan,
dan juga Malware. Virus-virus ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza sesuai
dengan nama yang diberikan. Bagi virus Worm, ia lebih diketahui berpernaan
untuk menyalin diri mereka pada rangkaian.
Proses akan berlaku
berulang-ulang kali dan aktiviti ini lah yang menyebabkan komputer anda menjadi
lembab.
Virus Malware pula lebih dikenali sebagai ‘Spyware’ dan
ianya masih belum dikelaskan sebagai virus sebenarnya kerana ianya berfungsi
untuk mencuri maklumat seseorang tetapi tidak memusnahkan sesuatu sistem.
Torjan, ianya virus yang berperanaan lebih kepada meminda
data-data ke dalam komputer tanpa pengetahuan anda atau pun orang lain dan
penulis andaikan virus ini adalah licik.
Sekarang, anda telah pun memahami serba sedikit apa itu peranaan
virus bukan? Baiklah, penulis akan menerangkan
pula apakah peranaan antivirus kepada komputer.
Komputer anda kita umpamakan sebagai sebuah rumah yang
mempunyai pelbagai barangan yang berharga dan juga mempunyai pelbagai fail-fail
sulit dan penting.
Bagaimana anda untuk mempertahankan rumah yang
mempunyai pelbagai barangan berharga dan fail-fali sulit penting dari
dicerobohi oleh orang-orang yang berniat jahat?
Bagi penulis, anda dicadangkan untuk mendapatkan khidmat
sekuriti ataupun pengawal keselamatan untuk mempertahankan rumah anda dari
dicerobohi. Inya agak selamat kan?
Ya! Kini penulis andaikan anda telah memahami peranaan
antivirus, seperti pengawal keselamatan
itu lah perisaian antivirus berfungsi keatas komputer anda. Ianya amat penting
sekali!
Jika anda masih belum mendapatkan antivirus keatas komputer
ataupun laptop anda, penulis nasihatkan anda mendapatkannya segera demi
kesihatan dan juga jangka hayat komputer anda.
Untuk mendapatkan perisian antivirus ini, anda boleh
mendapatkan di kedai-kedai komputer yang ada di kawasan tempat tinggal anda dan
yang paling mudah sekali, anda boleh melakukkan pembelian melalui internet
dengan hanya melakukkan ‘download sofware antivirus’ selepas melakukkan
pembelian.
Di internet terdapat pelbagai software antivirus percuma
yang boleh anda download untuk dipasangkan pada komputer anda tetapi bagi
pendapat penulis, software percuma mempunyai kekurangan berbanding dengan software
berbayar.
Pandangan penulis, virus dicipta oleh manusia lebih kepada
bisnes semata-mata dan sebab itulah terciptanya software antivirus yang dijual
kepada orang ramai di seluruh dunia. Bagi anda bagaimana pula?

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.