Tempat Menarik Di Sipitang Sabah Malaysia
Adakah anda mengetahui dimana letaknya Daerah Sipitang? Bagi
anda yang masih tidak mengetahui dimana letaknya daerah ini, ianya berada di
lokasi yang berhampiran dengan Lawas Sarawak serta berhampiran dengan daerah
Tenom Sabah.
Anda yang bercadang untuk bercuti di kawasan daerah
ini, terdapat beberapa tempat menarik di Sipitangk wajib anda ketahui sebelum
sampai di kawasan ini.
Memang menjadi kebiasaan bagi mereka yang sering melancong,
mereka akan melakukkan sedikit kajian terlebih dahulu sebelum datang ke tempat
yang ditujui iaitu seperti melalui internet, melalui ejen pelancongan atau
sebagainya.
Berikut adalah tempat menarik di Sipitang wajib anda
ketahui.
Bersantai di Esplanade Sipitang
Pada waktu petang, anda boleh berkunjung di kawasan
Esplanade Sipitang mungkin dengan membawa kawan-kawan, keluarga, ataupun dengan
si dia, bagi menikmati suasana di kawasan ini yang aman damai dengan
pemandangan laut yang indah.
![]() |
| Esplanade Sipitang |
Kawasan Esplanade ini
bukan sahaja tempat untuk melepak tetapi kawasan berjogging bagi mereka yang
minat untuk berjogging ataupun bersenam.
Berhampiran dengan kawasan ini juga terdapat beberapa gerai
untuk anda singgah di samping menikmati suasana petang yang indah disini. Sate
adalah makanan kegemaran bagi pengunjung yang singgah di gerai kawasan ini.
Beriadah di Pantai Sipitang
Pantai di Sipitang juga memiliki keunikan yang tersendiri
dan tentunya akan mengamit kenangan kepada setiap pengunjung yang berkesempatan
untuk menikmati suasana pantai di kawasan Sipitang.
Sambil anda mandi-manda air laut di kawasan pantai ini anda
mungkin melakukkan BBQ bersama
kawan-kawan ataupun keluarga anda.
Melihat pemandangan matahari terbenam (Sipitang Sunset)
Menerusi kawasan Esplanade ataupun di pantai sekitarnya,
anda bolekh menikmati pemandangan matahari terbenam yang amat mengkagumkan
sekali dan tentunya anda disaran untuk mendapatkan bergambar untuk dijadikan
sebagai kenangan.
Bagi mereka yang berminat dengan fotografi, kawasan sini
juga amat sesuai untuk mendapatkan beberapa gambar yang menarik.
Cuci mata di ‘Tamu’ Sipitang
Tahukah anda apa itu Tamu? Bagi warga Sabahan, perkataan
tamu tidak asing lagi, tetapi bagi mereka yang berasal daripada Semananjung dan
juga Sarawak mungkin perkataan ini agak asing bagi mereka.
Tamu adalah bahasa pasar bagi warga Sabah yang memberi
maksud pasar tani yang diadakan di setiap daerah di serata negeri Sabah.
Pasar tani ataupun tamu bagi setiap daerah di pelbagai
tempat di negeri ini akan diadakan pada hari-hari tertentu yang telah
ditetapkan oleh kerajaan tempatan yang mentadbir di sesebuah daerah.
Anda telah faham maksudnya bukan? Di Daerah Sipitang juga
mempunyai tamu yang diadakan pada setiap hari rabu dan juga khamis. Kebanyakan
penjual seperti pakaian dan juga kelengkapan peralatan rumah, aseseori telefon,
kasut dan sebagainya adalah penjual yang berasal daripada daerah lain.
Bagi mereka yang menjual sayur-sayuran, ayam segar, daging ,
kraftangan adalah penjual yang berasal dari daerah Sipitang itu sendiri.
Anda disyorkan untuk mengunjungi tamu Sipitang untuk cuci
mata dan sekiranya terdapat barangan yang menarik hati anda, suda tentunya
boleh dijadikan sebagai buah tangan apabila anda balik di tempat asal anda.
Pengakhir kata
Rasanya setakat itu sahaja tempat yang menarik di Sipitang
Sabah dan sekiranya anda ingin lebih lagi tempat menarik ketika berada di
tempat ini, anda disyorkan untuk
mengunjungi Lawas Sarawak yang tidak jauh dengan kawasan Sipitang.
Untuk pengetahuan anda juga, Daerah Sipitang memiliki banyak
tempat penginapan yang dikhaskan untuk mereka yang melancong ke daerah Sipitang
seperti hotel, motel / rumah rehat serta homestay.
Diharap artikel ini serba sedikit membantu anda sekiranya
anda ingin datang ke daerah Sipitang Sabah. Sekian artikel ini dan jumpa lagi.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.