Tips Beli Handphone Murah Tapi Canggih
Handphone murah tapi canggih? Ada ke? Ramai diantara anda
yang menginginkan telefon pintar yang murah tetapi mempunyai
kelebihan-kelebihan yang dikirakan canggih.
Pada pemerhatiaan penulis, keluaran handphone pada masa kini
seperti jenama Samsung, Apple, Sony, LG, Blackberry, dan pelbagai lagi jenama
yang lain, kecanggihan telefon pintar itu tidak jauh berbeza melainkan, mengenai
kelajuan telefon itu sewaktu melayari internet, ketahanan pada bateri, ruang memori
telefon, kualiti kamera, dan sistem
sekuriti.
Topik utama yang penulis ketengahkan disini adalah mengenai tips pembelian telefon pintar (smartphone) dengan harga yang rendah tetapi memiliki kualiti
yang memuaskan.
Jika anda lihat semula sistem cara pamasaran yang dilakukkan
oleh syarikat jenama telefon pintar yang terkenal misalnya Samsung, cara
pemasaran yang dilakukkan oleh mereka adalah, apabila terdapat model telefon pintar
terbaru keluaran mereka, syarikat ini telah menetapkan harga telefon pintar
dengan harga yang tertentu bergantung pada kualiti telefon tersebut.
Sekiranya model telefon pintar itu memiliki kualiti yang
canggih, mereka telah menetapkan dengan harga yang agak tinggi dan bagi telefon
pintar yang memiliki kualiti yang agak rendah pula, harga yang ditetapkan adalah
lebih murah berbanding dengan telefon yang canggih.
Walau pun begitu, masih terdapat beberapa tips yang boleh
anda amalkan untuk mendapatkan telefon pintar yang canggih dengan harga yang lebih murah. Bagaimanakah caranya itu?
Baik, baca artikel ini secara teliti agar anda memahami
sepenuhnya tips-tips yang penulis sampaikan kepada anda.
Tahukah anda, syarikat pengeluar telefon pintar akan
mencipta beberapa keluaran telefon pintar model terbaru setiap tahun dan pada
masa yang sama model telefon sebelum ini, mereka masih mengeluarkan model
tersebut tetapi model baru telah menenggelamkan model yang lama.
Apakah perbezaan telefon pintar model terbaru dan telefon
pintar yang lama? Untuk pengetahuan anda, kedua-dua model telefon ini adalah
sama canggih tetapi tetapi model telefon yang baru ianya lebih canggih
berbanding model smartphone terdahulu.
Maksudnya disini model smartphone terdahulu akan mengalami
penurunan harga secara perlahan-lahan disebabkan terdapat banyak model terbaru
yang telah dikeluarkan oleh syarikat telefon.
Ini lah tipsnya! Gunakan kesempatan ini untuk mendapatkan
telefon model yang lama tetapi telefon ini tetap canggih dan harganya telah pun
menurun berbanding dengan harga pada awal pengeluaran telefon tersebut.
Contohnya anda berminat untuk membeli sebuah smartphone
Galaxy Note 2, pada tahun 2013 harga sebuah telefon Samsung Galaxy Note 2
adalah berharga RM 1900 sebuah, dan pada tahun-tahun berikutnya, pihak Samsung telah
mengeluarkan model terbaru telefon sejenis ini iaitu Galaxy Note 3 dengan harga
yang lebih tinggi.
Oleh itu tepat masa yang sama anda disaran untuk membeli model
telefon Galaxy Note 2 apabila keluarnya model telefon yang lebih latest kerana harga
pasaran telefon model lama sudah tentunya akan berkurangan atau harga pasaran
jatuh. Kecanggihan kedua-dua telefon ini tidak banyak berbeza pun, begitu juga
model telefon yang lain.
Bukankah ini adalah idea yang boleh diterima pakai? Walau
pun begitu, kebanyakan daripada anda lebih suka memilih model telefon yang
terlatest di pasaran sedangkan jika anda melakukkan pemerhatiaan dengan lebih
lanjut, setiap tahun terdapat banyak model smartphone terbaru yang dikeluarkan
oleh syarikat telefon dan telefon terlatest yang anda beli akan menjadi telefon
model yang lama semula.
Jika anda menggunakan idea yang penulis bincangkan di dalam
artikel ini, sudah tentunya anda boleh membeli sebuah handphone yang murah
tetapi canggih. Anda hanya menunggu harganya jatuh, dan beli handphone
tersebut. Idea bernas bukan?
Penulis meminta maaf kepada anda sekali lagi, anda tidak
akan menemukan telefon yang canggih tetapi harganya murah sekiranya sekiranya telefon
yang anda maksudkan adalah telefon keluaran terbaru di pasaran. Kecuali lah
anda membeli telefon jenis klon, tetapi anda sebenarnya rugi membeli telefon
jenis ini kerana kualiti tidak sama dengan telefon yang asli.
Tidak dinafikan juga, memang banyak telefon terbaru dan
murah di pasaran tetapi ianya tidak secanggih dengan telefon yang mahal,
selalunya telefon yang murah dan terbaru memiliki banyak kekuranganya sesuai
dengan harga yang diberikan.
Adalah lebih baik anda menunggu dahulu smartphone yang berharga
mahal mengalami kejatuhan harga disebabkan
keluarnya model smartphone terbaru dan barulah anda melakukkan pembelian
telefon.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.