Tips Kenalpasti Kedai Handphone Murah
Anda tercari-cari kedai handphone murah? Lokasi kedai yang
menjual telefon pintar di kawasan anda sememangnya amat mudah dikenalpasti
sekiranya anda tahu akan tips yang mudah ini.
Secara puratanya, kebanyakan pelanggan mencari handphone murah tapi canggih, ini lah
realitinya. Walau begitu, kebanyakan smartphone terkini pada masa ini mempunyai
harga yang mahal sekali lebih-lebih lagi handphone tersebut keluaran terbaru di
pasaran.
Apa yang penulis cuba ketengahkan disini adalah, membantu
anda mengetahui serba sedikit tips bagaimana mengetahui lokasi kedai handphone
yang dijual murah di kawasan anda.
Berikut adalah tips yang berguna untuk panduan anda.
Kenal pasti harga pasaran
Jika anda ingin mengenalpasti sebuah kedai handphone yang
menawarkan telefon bimbit dengan harga yang murah, ianya tiada tips yang begitu
tepat untuk menunjukkan lokasi kedai tersebut tetapi, bertanya kepada anda
terlebih dahulu, handphone apa yang anda ingin beli?
Apabila anda ketahui jenis telefon yang anda ingin beli, barulah anda tahu lokasi kedai yang menawarkan harga yang murah. Walau begitu, tips nya disini, lakukkan pencarian dahulu di internet harga pasaran model telefon yang anda ingin beli.
Apabila anda ketahui jenis telefon yang anda ingin beli, barulah anda tahu lokasi kedai yang menawarkan harga yang murah. Walau begitu, tips nya disini, lakukkan pencarian dahulu di internet harga pasaran model telefon yang anda ingin beli.
Contohnya selepas melakukkan pencarian di internet, telefon
pintar model Samsung J7 Prime yang anda ingin beli, harga pasaran telefon ini adalah
RM 1,100 sebuah. So, strategi anda seterusnya adalah melakukkan servay.
Buat servay dahulu sebelum beli handphone
Ok, selepas anda ketahui harga pasaran telefon pintar yang
anda ingin beli, langkah anda seterusnya adalah, berkunjung lah di kawasan
pusat membeli-belah di kawasan tempat tinggal anda dan lawati lah setiap kedai
handphone di kawasan itu.
Setiap kali anda singgah di setiap kedai handphone, jangan malu
bertanya mengenai harga model handphone yang ingin anda beli dan jangan lupa
juga bertanya mengenai ‘FOC’ iaitu tawaran barangan percuma sekiranya membeli
telefon tersebut.
Cuba anda bayangkan, sekiranya anda melawati setiap kedai
telefon di kawasan pusat membeli-belah di kawasan anda, anda akan dapati
terdapat kedai handphone yang menjual dengan harga yang agak murah berbanding
dengan kedai handphone yang lain.
Ini bermakna, kedai yang menjual model telefon yang anda
ingin beli dengan tawaran harga yang rendah ini lah yang patut anda pilih, walau
begitu, pastikan juga sekiranya kedai handphone yang menjual terlalu murah juga
perlu diambil perhatian dikhuatiri ianya bukan asli.
Ini kerana, harga sesebuah model telefon yang dijual di
pasaran tidak jauh beza harganya diantara kesemua kedai handphone. Bezanya
harga adalah sedikit tetapi kedai yang menawarkan harga yang lebih murah itulah
patut menjadi pilihan.
Bertanya pada kawan-kawan
Bertanya pada kawan-kawan mengenai kedai yang menawarkan
kedai handphone yang murah adalah satu idea yang bagus. Anda tidak perlu
tercari-cari lokasi kedai handphone yang murah lagi dengan andanya kawan-kawan
yang membantu anda.
Yelah, kawan-kawan yang lain pun sama dengan anda, berminat
dengan gadget, dan mungkin apabila anda bertanya kawan-kawan anda, ada diantara
rakan anda yang mungkin mempunyai rakan yang memiliki kedai handphone.
Besar kemungkinan anda ditawarkan oleh pekedai dengan harga
yang istemewa atas bantuan dari rakan-rakan anda. Untung bukan?
Beli secara online
Banyak-banyak kedai handphone yang anda kunjungi di pusat
membeli-belah, tiada tawaran harga yang lebih menarik berbanding harga handphone
yang dijual secara online. Mengapa begitu?
Kedai handphone di pusat membeli-belah harus memikirkan sewa
kedai, bayaran itu dan ini tetapi kedai online mungkin hanya membayar tapak web
untuk menjual handphone dengan sewa bayaran yang lebih rendah.
Oleh sebab itulah mereka mampu menjual dengan harga yang
lebih istemewa berbanding handphone yang dijual di pusat membeli-belah.
Walau apa pun, anda berhati-hati ketika melakukkan pembelian
secara online kerana terdapat banyak penipuan telah berlaku terutamanya
penjual-penjual daripada media sosial.
Anda dinasihatkan untuk melakukkan pembelian hanya di web
e-dagang yang boleh dipercayai seperti Lazada.com, Lelong.com, dan web-web
e-dagang popular yang lain

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.