Cara Guna Kad Kredit Isi Minyak Kereta Di Stesen Minyak
Boleh tak guna kad kredit ketika isi minyak kereta di
setesen minyak?
Kad kredit memang boleh digunakan ketika mengisi minyak dan
penggunaan kad ini tidaklah sesukar mana seperti yang anda fikirkan.
Dengan andanya kad kredit, anda tidak lagi memerlukan wang
cash ketika mengisi minyak kereta, yang perlu anda lakukkan, masukkan kad
kredit anda dan isi minyak.
Kebanyakan cara ini digunakan oleh ramai orang sebagai salah
satu altenatif mengurangkan penggunaan wang tunai ketika mengisi minyak kereta.
Sebelum kita belajar menggunakan kad kredit semasa mengisi minyak kereta di
stesen minyak, ada baiknya anda mengetahui apa itu pin kad kredit.
Apa itu pin kad kredit?
Pin kad kredit adalah nombor pin keselamatan mengenai kad
kredit anda untuk menjadikan kad kredit anda selamat dari disalahgunakan orang
lain.
Ia bermakna, nombor pin tersebut adalah rahsia anda dan
pastikan pin keselamatan itu tidak didedahkan kepada sesiapa pun.
Nombor pin keselamatan kad kredit boleh diperolehi melalui
mesin ATM yang mana pengguna itu sendiri diberi pilihan untuk memilih enam
angka pin keselamatan masing-masing.
Jika anda masih belum mengaktifkan pin keselamatan kad
kredit, pastikan anda datang segera di mana-mana mesin ATM dan anda boleh
mengaktifkan pin keselamatan daripada mesin itu.
Misalnya jika pengguna itu mempunyai kad kredit dari Bank
Rakyat, ia harus datang ke mana-mana mesin ATM Bank Rakyat dan menetapkan
nombor pin keselamatan melalui mesin ATM tersebut.
Pastikan nombor pin keselamatan mudah diingati kerana, anda
tidak dapat melakukkan apa-apa pembayaran melalui kad kredit jika anda lupa pin
keselamatan kad kredit anda.
Cara-cara menggunakan kad kredit masa isi minyak kereta
Anda telah pun tahu apa itu pin kad kredit bukan? Baiklah,
jika anda ingin mengisi minyak kereta di mana-mana stesen minyak, pastikan kad
kredit anda masih boleh digunakan.
Maksudnya disini, kad kredit anda masih mempunyai wang di
dalam kad tersebut ataupun pastikan juga kad kredit anda masih sah dari tarikh luput.
Kita andaikan anda telahpun berada dikawasan tempat mengisi
minyak di mana-mana stesen minyak misalnya stesen minyak Petronas, Petron, BHP,
ataupun Shell. Langkah pertama, pastikan stesen minyak itu mempunyai terminal
kad kredit (Credit Card Merchant).
![]() |
| Photo by, Kosmo! |
Anda hanya perlu masukkan kad kredit pada terminal, tunggu
pengesahan kad kredit anda dan ikuti arahan-arahan yang tertera pada skrin
terminal.
Selalunya arahan-arahan pada terminal adalah, mengenai pilihan bahasa, jumlah dalam ringgit (RM) yang perlu anda isi minyak pada kereta anda,
arahan masukkan pin keselamatan dan sekiranya kad kredit anda tidak mempunyai
masalah, permintaan anda mengisi minyak akan diluluskan.
Langkah anda seterusnya, isi minyak pada kereta anda, setelah
selesai mengisi minyak, resit akan keluar pada terminal, ambil resit tersebut
dan keluarkan kad kredit anda.
Sekiranya pada pum minyak tidak mempunyai perkhidmatan
terminal kad kredit, anda boleh terus ke kaunter stesen minyak dan bertanyakan
kepada staff disana jika terdapatnya perkhidmatan terminal kad kredit di
kaunter tersebut.
Selalunya mana-mana kaunter stesen minyak mempunyai
perkhidmatan terminal kad kredit ketika mengisi minyak.
Apa yang perlu anda lakukkan, serahkan kad kredit anda pada
pekerja di kaunter dan pekerja itu akan memasukkan kad kredit pada terminal.
Nyatakan berapa jumlah di dalam ringgit yang perlu anda isi
minyak pada kereta anda, seterusnya anda perlu masukkan pin keselamatan kad
kredit pada terminal dan sekiranya diluluskan anda diarahkan oleh pekerja untuk
mengisi minyak terlebih dahulu.
Setelah anda selesai untuk melakukkan pengisian minyak,
datang semula pada kaunter, pekerja akan memberikan anda semula kad kredit
berserta resit pengisian minyak melalui penggunaan kad kredit anda.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.