Ketahui Tanda-Tanda Absorber Rosak Pada Kereta Anda
Mungkin sudah tiba masanya untuk mengantikan absorber anda
dan anda ingin tahu apakah tanda-tanda absorber rosak yang secara tidak
langsung menunjukkan masalah kepada
kenderaan anda. Walau begitu terlebih dahulu, anda perlu sedikit tahu bagaimana
absorber ini dicipta.
Absorber ini dicipta bagi membantu menjaga tayar kereta
semasa berada di atas jalan yang bergelombang serta pemandu dapat mengendalikan
kenderaan tersebut dengan sempurna.
Rod dan shock pada absorber direka bentuk sama, kecuali
berat kenderaan pada rod itu sendiri sementara shock hanyalah hubungan antara dua bahagian
penggantungan.
Di dalam absorber terdiri daripada silinder yang dipanggil tabung
rizab yang dipenuhi dengan cecair hidraulik, satu lagi tiub yang dipanggil
silinder tekanan dalam silinder itu, sebuah omboh yang bergerak melalui cylinder
inner, dan valving pada meter aliran bendalir dari satu sisi omboh ke sisi yang
lain semasa melalui bonggol jalan. Ia dilekatkan pada kenderaan menggunakan
bolt dan bushing getah.
Terdapat pelbagai petanda-petanda absorber anda akan mengalami masalah dan berikut adalah
gejala yang anda boleh rasakan bagi anda sendiri menentukan absorber anda
berfungsi dengan baik atau sebaliknya.
1. Anda merasakan getaran semasa memandu
Sekiranya seal omboh di dalam shock semakin haus dan
kedudukannya telah berubah dari kedudukan asal, ini menyebabkan bendalir
mengalir tidak terkawal melepasi injap atau seal omboh dan ini menyebabkan
semasa anda melepasi jalan yang berbonggol, anda akan merasai hentakan yang
agak kuat dan gegaran pasa stering kereta anda.
2. Perubahan arah secara tiba-tiba
Jika seal atau injap di dalam shock berubah dan aliran
bendalir tidak terkawal walaupun hanya menggerakan stereng sedikit. Ini bermakna,
jika anda mengambil kedudukan ke kanan misalnya, maka berat kenderaan itu akan
beralih sukar ke kiri dan anda perlu membetulkannya.
![]() |
| Photo by, Tommy Wong, Licenced Via Creative Commons |
Apabila anda menekan brek, kenderaan anda berhenti dalam
keadaan yang anda rasakan tidak normal daripada kebiasannya seolah-olah terdapat perubahan arah secara
tiba-tiba.
3. Semasa anda menekan brek,
ia seolah-olah ianya tidak berfungsi dengan sempurna
Ini disebabkan terdapatnya masalah pada rod omboh yang tidak
terkawal pada absorber anda dan anda akan merasakan brek anda tidak berfungsi dengan begitu baik
semasa anda cuba menghentikan kenderaan anda semasa memandu.
4. Menyebabkan permukaan tayar yang tidak sekata
Gegaran disebabkan absorber yang tidak lagi berfungsi dengan
baik tidak dapat menahan tayar dengan
kuat di permukaan jalan.
Ini menyebabkan tayar akan sedikit melantun apabila
kenderaan bergerak di atas permukaan jalan dan menyebabkan permukaan tayar
kereta anda akan menjadi tidak sekata dan seterusnya jika dibiarkan tanpa
apa-apa tindakan, tayar anda akan mengalami kehausan yang teruk.
5. Kebocoran cecair pada absorber
Tanda-tanda yang paling ketara sekali apabila absorber anda
mengalami masalah adalah apabila terdapatnya lelehan minyak pada absorber anda.
Jika terjadi hal tersebut, ia menandakan absorber anda telah mengalami
kebocoran.
Hal ini akan menyebabkan semasa anda melalui bonggol pada
permukaan jalan, anda akan rasakan terdapatnya hentakan yang agak kuat disebabkan absorber anda telah kehilangan
fungsinya disebabkan kebocoran minyak.
6. Bushings getah retak
Melalui absorber anda, shock pada attachment points memiliki
brushings getah dan sekiranya benda ini retak ataupun pecah anda akan mendengar
seperti torehan semasa memandu melalui jalan
yang berbonggol.
Jika anda mengalami mana-mana gejala yang kami sebutkan
diatas, anda disarankan dating ke mana-mana bengkel berhampiran untuk
pemeriksaan yang lebih lanjut dan sekiranya boleh, minta lah nasihat kepada
mekanik tersebut untuk mendapatkan nasihat absorber yang baik untuk kenderaan
anda. - Yourmechanic.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.