Penting! Ketahui Tanda-Tanda Amaran Fuel Pump Rosak
Fuel pump berfungsi sebagai alat untuk mengepam bahan api
daripada tangki minyak ke enjin kenderaan. Oleh itu, hal yang paling
membimbangkan adalah apabila fuel pump tidak berfungsi dan ia adalah satu berita
yang buruk.
Kita harus membiasakan diri untuk mengenalpasti
tanda-tanda fuel pump rosak dan, dengan cara ini, anda boleh menangani masalah
sebelum terlambat.
Berikut adalah tanda-tanda yang dikenlpasti memberi petunjuk
fuel pump anda mengalami masalah.
1. Enjin tiba-tiba semput semasa memandu
Salah satu petunjuk terbaik bagi fuel pum mengalami masalah adalah semasa memandu kereta anda
pada kelajuan tinggi yang konsisten.
Sekiranya kenderaan itu tiba-tiba semput dan kemudian bergerak semula di dalam keadaan
biasa, mungkin terdapat masalah pada fuel pum. Ini disebabkan fuel pump
tersebut sedang berkerja keras membekalkan
aliran tetap bahan api kepada enjin
kenderaan dengan tekanan yang betul.
2. Temprature Meningkat
Jika anda melihat tolok suhu meningkat secara tiba-tiba yang
boleh dilihat pada meter kenderaan anda, ia meramalkan terdapat masalah pada
fuel pum kereta anda.
![]() |
| Photo by, Capri23auto, Licenced Via Creative Commons |
Walaupun suhu meningkat mungkin juga disebabkan masalay
yang lain tetapi selalunya ia merupakan petanda yang jelas, prestasi fuel pum
semakin kurang dan peru penggantian alai ganti yang baru.
3. Tolok tekanan fuel pump
Anda lihat semula tolok tekanan fuel pump kereta anda adakah
minyak pada kereta anda sama dengan tolok tekanan minyak yang boleh dilihat
pada meter kenderaan anda. Sekiranya anda mengisi minyak kereta di dalam minyak yang penuh, meter
minyak akan menunjukkan ianya full atau isyarat minyak penuh.
Jika tolok tekanan fuel pump mengalami masalah, meter minyak
menunjukkan tahap minyak yang tidak betul . Ini boleh dilihat apabila anda
memandu kenderaan anda dan meter minyak akan memberi isyarat minyak penuh dan
pada satu ketika pula, ia memberikan isyarat meter minyak anda telah
berkurangan.
Sekiranya ini berlaku, anda boleh menghantar kereta anda ke
bengkel untuk pemeriksaan dan sekiranya
perlu tukar alat ganti fuel pump yang baru dengan segera untuk mengelakkan
masalah yang lebih buruk berlaku.
4. Kenderaan mengalami kehilangan kuasa
Semasa kereta sedang mendaki bukit ataupun sedang mengangkat
sesuatu yang berat, tiba-tiba kereta anda mengalami kehilangan kuasa atau daya
pecutan hilang, ini disebabkan fuel pump mengalami masalah disebabkan bahan
bakar tidak sepenuhnya ke enjin.
5. Bergerak laju secara tiba-tiba
Semasa memandu kenderaan dengan pemanduan yang normal serta
kelajuan yang konsisten, tiba-tiba kereta bergerak laju seolah-olah melonjak ke
hadapan sedangkan anda menekan pedal minyak seperti biasa. Ia disebabkan oleh
rintangan yang tidak normal di dalam motor pada fuel pump.
6. Mengalami penurunan minyak secara drastik
Tahukah anda, fuel pump
mempunyai injap pelega, jika injap pelega gagal dibuka, lebih banyak
bahan api daripada yang diperlukan akan mengalir ke dalam sistem enjin. Apabila
kenderaan anda biasanya mendapat perbatuan minyak yang baik dan kemudian tiba-tiba memerlukan
minyak yang banyak, mungkin terdapat kecemasan di bawah hud.
7. Enjin sukar untuk dihidupkan
Bagi pemandu yang mengabaikan tanda-tanda yang dinyatakan
ini, selalunya berakhir dengan enjin kereta mereka sukar untuk dihidupkan. Bila
fuel pum kenderaan benar-benar rosak, minyak tidak akan dapat disalurkan ke
bahagian enjin. - Pepboys.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.