Rahsia Bunga Ros Jepun Hidup Subur Dan Bunga Merimbun Kembang Satu Taman
Adakah anda
peminat bunga ros Jepun? Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk menjadikan
bunga ros ini hidup subur dan bunganya merimbun kembang satu taman.
Sebenarnya, tidak
sukar untuk anda memelihara bunga ros Jepun ini kerana bunga ini mampu hidup di
dalam keadaan persekitaran cuaca yang agak ekstrem.
Walau begitu,
sekiranya anda kurang memberikan penjagaan terhadap pokok bunga ini, bunganya
enggan untuk keluar mengembang. Anda harus bercinta dengan bunga ini agar
bungannya keluar dan mengembang cantik selepas beberapa minggu anda menanamnya.
Seperti yang kita
tahu, bunga ini mempunyai pelbagai warna yang menarik oleh sebab itulah,
terdapat ramai peminat bunga yang suka memelihara bunga ini.
Apa yang
istemewa, pokok bunga ini akan mengembangkan bunganya pada pukul 9 pagi hingga 11
pagi. Sebab itulah ada yang mengelarkan pokok bunga ini bunga pukul 9, dan ada
yang menggelarnya bunga pukul 10 pagi.
![]() |
| Photo by, Rando111us, Licenced Via Creative Commons. |
Sekiranya anda
memiliki pelbagai jenis warna bunga ros jepun, dan anda menanamnya di kawasan
halaman rumah anda, bila telah tiba ia mengembangkan bunganya, kawasan rumah anda
kelihatan amat menarik sekali kerana rimbunan bunga ros Jepun yang mengembang
cantik.
Selain penggunaan
baja, terdapat rahsia lain, bagaimana untuk menjadikan bunga ros Jepun benar-benar hidup
subur dan dijamin bunganya akan merimbun kembang satu taman.
Apakah rahsia
itu? Rahsianya mudah sahaja, anda harus menyiram pokok bunga ros Jepun dengan
air basuhan beras di dalam anggaran dua kali sehari iaitu pagi dan petang serta
pastikan pokok bunga ini mendapat sinaran penuh dari cahaya matahari.
Air basuhan beras mengandungi nutrisi yang amat bagus kepada
tumbuh-tumbuhan dan jika anda menyirami air basuhan beras terhadap bunga ros Jepun yang anda tanam setiap hari,
anda akan dapati batang-batang bunga ros menjadi begitu gemuk dan kelihatan
amat subur.
Apabila telah sampai waktunya bunga ros ini mengeluarkannya
bunganya, anda akan dapati bunga ros yang anda tanam akan mengembang amat
cantik dan memukau sekali.
Untuk pengetahuan anda, air basuhan beras akan menjadikan
bunga ros anda mengeluarkan bunga lebih cepat dari kebiasaan disebabkan
kandungan nutrisi pada air basuhan beras
yang amat diperlukan oleh bunga ros Jepun.
Bagaimana? Andakah anda pernah terfikir menggunakan air basuhan
beras untuk menyirami bunga ros Jepun anda?
Percayalah, air basuhan beras adalah tips rahsia yang tidak
ramai orang tahu mengenainya. Ingat, selepas ini, jangan buang terus air
basuhan beras semasa memasak nasi. Simpan air tersebut untuk menyirami
bunga-bunga ros Jepun anda.
Sirami bunga-bunga ros Jepun anda pada sewal pagi dan pada
waktu petang dan lakukkan rutin ini setiap hari untuk memperolehi hasil yang
memuaskan hati anda terhadap buga ros yang anda tanam. Selamat mencuba!

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.