Cara Pantas Halau Semut Dalam Gula
Adakalanya kadang-kadang kita merasa geram apabila semasa kita ingin mengambil
gula di dalam balang untuk membuat air kopi pada waktu pagi, terdapat semut di
dalam balang tersebut.
Hilang terus ‘mood’ nak minum bukan? Semut bersuka ria di
dalam balang banyak pula tu, dan sesetengah dari kamu mungkin akan membuang terus
gula itu ke dalam tong sampah dan buka plastik gula yang baru.
Sabar dulu, jangan terus buang gula tersebut kerana terdapat
beberapa tips dan petua cara halau semut
dalam gula yang paling pantas dan hanya dalam 1 minit sahaja, semut-semut akan
bertempiaran lari dari gula tersebut.
Petua-petua cara halau semut
Baik berikut adalah beberapa tips yang boleh kita amalkan
apabila semut-semut datang di dalam bekas simpanan gula dan seterusnya menghalau semut tersebut.
1. Ketuk dengan sudu
Ini adalah cara yang paling cepat sekali, anda hanya mengetuk
dengan sudu dalam beberapa kali pada balang gula dengan sudu, dan anda akan
dapati semut-semut yang berada di dalam gula akan beredar dengan segera.
Jika gula anda berada di dalam plastik, sama seperti kaedah
tadi, anda hanya perlu lakukkan tepukan beberapa kali pada beg plastik gula.
2. Cengkih
Hanya letakkan beberapa biji cengkih di dalam beg gula atau
tempat anda menyimpan gula dan anda akan dapati semut-semut akan melarikan diri
dengan segera sebaik terhidu bau cengkih yang kuat.
Tips ini terpakai juga untuk beg gula dimasuki semut yang
berukuran besar umpamanya 10 kg keatas. Tipsnya mudah, semut tidak menyukai bau
cengkih.
3. Haba panas
Semut takutkan haba. Anda hany perlu letakkan gula ke dalam
pinggan kaca, kemudian pasang api pada gas cooker anda dan letakkan pinggan
yang mengandungi gula berhampiran dengan gas cooker.
![]() |
| Photo by, MK817, Licenced Via Creative Commons |
4. Genggam gula dan tiup
Idea ini agak kelakar tetapi terdapat idea yang mencadangkan
cara ini. Gula yang dimasuki semut, anda hanya letakkan pada gengaman tangan
anda dan jatuhkan secara sedikit demi sedikit pada pinggan kosong sambil meniup
pada arah gula tersebut, anda dapati semut akan bertempiaran lari.
5. Masukkan ke dalam freezer
Ya, hanya masukkan tempat menyimpan gula anda ke dalam
freezer peti sejuk selama 30 saat dan letakkan semula ke tempat yang terbuka.
Semut-semut yang mula terasa haba sejuki akan melarikan diri.
Bagi idea yang agak kejam, anda boleh letakkan balang gula di dalam peti sejuk semalaman dan semut-semut
akan mati dan barulah anda mengasingkan
semut yang mati tadi bersama-sama dengan gula.
6. Dedahkan pada cahaya matahari
Buka penutup balang gula yang dimasuki semut dan dedahkan
pada pancaran cahaya matahari. Kurang dari seminit anda dapati semut-semut akan
meninggalkan baling gula tersebut.
7. Tadahkan balang gula ke air paip yang mencurah
Untuk melakukkan cara ini, tutup balang gula yang dimasuki
semut secara rapat-rapat, pasang air
paip di rumah anda dan pastikan pancuran air paip dihalakan pada balang gula.
Lakukkan cara ini 20-30 saat dan seterusnya buka penutup
balang gula, anda akan dapati kesemu semut akan keluar dari balang tersebut.
8. Cili kering
Sama seperti cengkih
itu tadi, hanya letakkan beberapa tangkai cili kering di dalam beg gula atau balang gula dan anda
akan dapati semut-semut akan melarikan diri dengan segera sebaik terhiu bau
cili kering yang menyengat.
Tips elakkan semut memasuki rumah anda
Sebenarnya semut datang ke rumah anda disebabkan adanya
sumber makanan yang mudah diperolehi di dalam rumah anda.
Untuk mengelakkan semut-semut ini sentiasa berada di rumah,
perlunya anda mengamalkan kebersihan. Anda hanya perlu mengamalkan tips yang
disarankan ini untuk memastikan semut tidak datang ke rumaha anda selama-lamanya.
1. Jaga kebersihan rumah
Pastikan di dalam rumah anda terutamanya pada bahagian dapur dibersihkan dengan segera kerana
selalunya ramai dari anda akan meletakkan makanan di bahagian ini.
Semut ini amat sensitif pada makanan terutamanya manisan.
Oleh itu, masukkan kesemua makanan ke dalam bekas yang tertutup.
2. Sentiasa tutup rapat balang gula anda
Jangan sekali-sekali membuka penutup balang gula di dalam
jangkan masa yang lama kerana semut akan menjumpainya dan akan memasuki balang tersebut
dengan bersama semut-semut yang lain.
3. Bersihkan segera manisan yang tertumpah
Orang mengatakan, semut tidak pernah berhenti mencari
makanan. Sekiranya terdapat manisan yang tertumpah di dalam rumah anda,
pastikan anda membersihkan tumpahan tersebut dengan segera kerana ia akan mengundang kehadiran semut.
4. Buang segera sisa makanan
Selain manisan makanan yang tertumpah, sisa-sisa makanan
yang tidak dibuang dengan segera akan mengundang kehadiran semut.
Semua sisa makanan harus dimasukkan ke dalam plastik sampah
dan wajib dibuang segera ke dalam tong sampah di luar rumah anda.
5. Lakukkan semburan anti serangga
Jika anda melakukkan pemerhatian secara teliti pada dinding
rumah anda, terdapat laluan yang sering digunakan oleh semut untuk memasuki
rumah anda.
Baca Juga: Cara Halau Cicak Di Kediaman Anda
Laluan-laluan semut ini perlu anda sembur dengan alat semburan antiserangga untuk mengelakkan seranggan kembali semula mencari makanan ke dalam
rumah anda.
Di pasaran terdapat banyak spray penyembur serangga semulajadi yang begitu berkesan sekali untuk menghalau semut umpamanya serai
wangi.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.