Jenis Jenis Bantal Tidur
Bantal tidur atau
nama popularnya di dalam bahasa inggeris ‘pillow’ telah digunapakai oleh manusia sejak
zaman berzaman. Bantal direka untuk tidur yang lebih baik pada waktu malam ataupun
semasa anda ingin tidur.
Walau begitu anda
tidak akan mudah tidur dengan selesa sekiranya bantal yang anda gunakan bukan
diperbuat dari bantal yang terbaik. Pemilihan bantal yang terbaik salah satu
faktor anda tidur dengan nyenyak.
Tahukah anda,
terdapat banyak jenis-jenis bantal untuk dipilih di pasaran? Dengan pengetahuan ini, anda akan memahami jenis
bantal dan seterusnya anda tahu mengenai
perbezaan bantal yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tertentu.
Jenis-jenis bantal tidur yang terdapat di pasaran
Bantal bulu
campuran (Feather Pillows)
Bantal ini
merupakan bantal yang telah diisi dengan campuran bulu angsa atau itik berserta
serat karbon. Bantal jenis ini banyak dijual
di pasaran dengan harga yang agak murah dan kebanyakan orang ramai menggunakan
bantal ini.
Di Eropah,
kebanyakan masyarakat di negara tersebut membesar dengan bantal jenis ini kerana
harganya yang berbaloi. Walau begitu, apabila bulu di dalam bantal telah
menipis, bantal akan kehilangan sokongan untuk mengekalkan keselesaan.
Bantal bulu angsa / itik (Down Pillow)
Bantal jenis ini
adalah bantal yang telah diisi dengan bulu itik atau angsa. Bantal ini amat
lembut, ringan, selesa dan begitu terkenal sekali di Eropah. Walau begitu harga bantal ini amat mahal tetapi ianya berbaloi
untuk dibeli kerana bukan sahaja selesa digunakan tetapi ianya mampu bertahan
lama.
Bantal Memory
foam
Dikenali sebagai memory
foam pillow yang mengandungi bahan poliuretana untuk meningkatkan ketumpatan dan
kelikatan bantal.
Bantal ini amat
bagus untuk tidur yang selesa sepanjang
malam. Bantal jenis ini juga mampu menyesuai mengikut kedudukan badan anda
terutamanya pada bahu, leher dan kepala anda pada kedudukan yang selesa. Bantal memory
foam mempunyai banyak saiz dan bentuk.
Bantal mikrobead
Bantal jenis ini
adalah bantal yang diisi dengan manik-manik kecil dipanggil polystyrene.
Manik-manik ini akan memberikan
sokongan yang bagus untuk menjadikan
bantal kelihatan tumpat.
Selalunya
bantal ini digunakan sebagai bantal pada leher untuk perjalanan jauh seperti semasa menaiki bas, kereta, atau menaiki kapal terbang.
Bantal buckwheat
Bantal ini adalah
bantal yang diisi dengan sekam dari biji soba / buckwheat. Ia mampu memberikan sokongan yang keras dan tumpat pada bantal.
Bantal apnea tidur (Sleep apnea pillows)
Bantal jenis ini
direka untuk tidur bersama dengan mesin CPAP bagi menampung tiub dan tali pada
mesin CPAP. Bantal ini diisi dengan serat polister dan banyak dijual di negara barat.
Bantal untuk leher
Bantal leher telah direka untuk menyokong
tulang belakang anda supaya kepala dan leher anda diposisikan
dengan betul untuk tidur yang selesa.
Bantal untuk badan / bantal peluk
Bantal ini adalah
bantal jenis yang panjang, biasanya berukuran 54 inci atau lebih, ia
boleh diletakkan di antara kaki anda untuk sokongan pada pinggul dan bawah belakang.
Bantal ini amat sesuai untuk dipeluk
semasa anda tidur pada waktu malam, bagi mereka yang mengandung, bantal ini
mungkin boleh menjadi penyelamat untuk tidur yang selesa.
Bantal lumbar
Bantal ini
mungkin amat sesuai bagi mereka yang mengalami sakit belakang. Ia akan
memberikan sokongan yang tepat di kawasan belakang untuk anda merasakan
pinggang anda berehat secara semulajadi.
Bantal baji / Wedge pillows
Bantal ini
berbentuk segitiga dan anda boleh gunakan
untuk menyokong kawasan yang berlainan pada bahagian badan anda.
Bantal ini diperbuat daripada buih, serat poliester atau digabungkan dengan kedua-duanya sekali. Bantal ini amat sesuai diletakkan pada bahagian katil untuk
menopang badan anda untuk
membantu meredakan refluks asid.
Bantal ini juga
amat sesuai untuk meletakkan kedudukan kaki anda untuk membantu melegakan
ketidak selesaan serta ia amat sesuai bagi wanita yang mengalami kehamilan dan
ia juga mampu membantu perut wanita semasa trimester kedua atau ketiga.
Bantal kekabu / Bantal Kapok
Bantal kekabu
adalah bantal tradisional bagi rakyat Malaysia dan ianya amat popular sekali di
kalangan rakyat tempatan dan rata-rata penduduk di negara ini membesar dengan
bantal kekabu.
Bantal ini diisi
dengan kapas dari buah pokok kekabu, dan ia memberikan sokongan yang agak keras
pada bantal. Bukan sahaja selesa digunakan semasa tidur tetapi mudah diperolehi
di pasaran dengan harga yang murah.
Dacron pillow
Bantal jenis ini
diperbuat daripada serat plastik (plastic fiber). Secara umumnya bantal ini terbahagi
kepada tiga jenis iaitu dacron regular, silicone, dan silicone polyster fiber.
Dacron regular merupakan bahan yang lebih kasar serta murah
manakala silicone pula daripada bahan berserat halus, manakala silicone
polyster fiber pula daripada bahan yang paling halus dan harganya juga adalah mahal.
Lateks Pillow
Secara umumnya, bantal lateks terdapat dua jenis iaitu
bantal lateks natural dan bantal lateks sintetik . Bantal lateks natural diperbuat
daripada bahan semulajadi iaitu pokok getah, ianya amat selamat digunakan dan amat tahan lama.
Rujukan:- Bettersleep.
Rujukan:- Bettersleep.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.