Kegunaan Baking Soda Yang Ramai Masih Tidak Tahu
Natrium bikarbonat, merupakan istilah rasmi untuk baking
soda, ia membantu mengawal pH. Jika baking soda bercampur dengan asid atau
bahan alkali ia mempunyai kesan meneutralkannya.
Baking soda amat sesuai sekali untuk meneutralkan bau asid dan
mengekalkan pH neutral yang sesuai untuk melakukan perkara seperti meningkatkan
daya pencuci pakaian anda.
Ia juga mempunyai keupayaan yang lembut untuk membantu
menggosok atau membersihkan. Secara singkatnya, kegunaan untuk baking soda amat
banyak, ia menyeimbangkan, meneutralkan, dan membersihkan semua tanpa
mengandungi bahan kimia seperti kebanyakan produk komersial yang ada di
pasaran.
Berikut adalah kegunaan baking soda yang perlu anda tahu dan
untuk manfaat semua pembaca secara amnya.
Kegunaan-kegunaan baking soda
1. Boleh digunakan sebagai ubat gigi
Pasta yang diperbuat daripada baking soda dan larutan
hidrogen peroksida 3 peratus boleh digunakan sebagai alternatif kepada pasta
gigi non-fluorida. Anda juga boleh
mencelupkan berus gigi anda dengan pasta gigi ke dalam baking soda untuk
meningkatkan rangsangan.
2. Menyegarkan mulut
Masukkan satu sudu teh melalui setengah gelas air, dan anda
perlu kumur, buang air tersebut dan
bilas. Bau mulut anda akan hilang serta melindungi mulut anda dari bakteria.
3. Digunakan untuk merendam peralatan
Bagi anda yang mempunyai
gigi palsu, anda boleh melarutkan dua sudu tea baking soda ke dalam
mangkuk kaca yang diisi dengan air suam. Kaedah ini boleh meneutralkan bau
untuk memastikan peralatan segar.
4. Sebagai scrub muka dan badan
Berikan diri anda kesegaran pada muka dan juga badan. Buat
tiga bahagian pasta baking soda dan satu bahagian air, gosok pasta baking soda
keatas kulit anda dan kemudian bilas dengan air bersih. Sekiranya anda lakukkan
setiap hari, ia menjadikan kulit anda benar-benar lembut.
5. Memerangi bau badan
Letakkan baking soda pada ketiak anda untuk meneutralkan bau badan.
6. Digunakan sebagai antacid
Baking soda adalah antacid yang selamat dan berkesan untuk
melegakan pedih ulu hati. Anda boleh merujuk pakej penggunaan baking soda untuk arahan.
7. Merawat gigitan serangga dan kulit gatal
Untuk gigitan serangga, buat pasta dari baking soda dan air,
dan sapukan melalui kulit yang terjejas.
Untuk meredakan gatal pula, letakkan beberapa baking soda ke tapak tangan anda dan gosokkan ke dalam kulit selepas
mandi atau semasa mandi.
8. Membersihkan tangan dan juga sebagai pelembut
Dengan menggunakan sabun,gosok tangan anda secara
perlahan-lahan dengan mencampurkan baking soda dan juga air, kemudian bilas
hingga bersih. Anda dapati tangan anda akan menjadi lembut.
9. Membantu membersihkan rambut anda
Taburkan sedikit baking
soda ke telapak tangan anda bersama-sama dengan syampu kegemaran anda. Syampu rambut anda seperti biasa dan bilas, baking soda membantu mengeluarkan sisa-sisa syampu pada rambut anda supaya rambut anda
bersih dan lebih mudah diurus.
10. Menjadikan sikat rambut bersih dan berkilat
Untuk mendapatkan
rambut berkilau dengan lebih bersinar,
pastikan sikat rambut di dalam
keadaan bersih. Kekerapan menggunakan minyak rambut akan
menyebabkan sikat rambut akan berminyak, untuk membersihkanya, letakkan satu
sudu tea baking soda ke dalam mangkuk yang kecil diisi dengan air suam, anda
hanya perlu merendam sikat, seterusnya
dibilas dengan air bersih dan biarkan kering.
11. Untuk rendaman dalam mandian
Semasa ingin
mandi, tambahkan 1/2
cawan baking soda ke dalam air
mandian anda, ia bagus untuk meneutralkan asid pada kulit, membantu membasuh minyak dan keringat, juga
menjadikan kulit anda berasa sangat lembut.
12. Air rendaman
kaki
Anda hanya perlu
melarutkan 3 sudu baking soda ke dalam tab mandi berisi air panas dan rendam kaki anda, gosok perlahan-lahan. Tips ini bagus untuk melembutkan kaki
anda.
13. Membuat scrub
pada permukaan
Baking soda bagus
untuk membersihkan tab bilik mandi, jubin, permukaan lantai lantai dan dinding.
Ia menjadikan permukaan akan berkilat.
Anda hanya meletakkan baking soda ke atas span bersama-sama dengan sabun dan
gosok permukaan seperti biasa.
14. Pencuci pinggang mangkuk
Hanya tambah 2
sudu baking soda ke atas sabun pencuci pinggang mangkuk biasa dan
ia amat berkesan untuk menanggalkan minyak yang sukar ditanggalkan pada periuk,
kuali, mangkuk dan pinggan.
15. Menghilangkan bau pada span
Rendamkan span yang berbau basi ke dalam larutan baking soda untuk menghilangkan bau dengan merendamkannya dengan 4 sudu baking soda dan satu liter air
hangat.
16. Membersihkan microwave
Letakkan baking soda pada span yang lembap dan gunakan untuk membersihkan
microwave dengan membersihkan
perlahan-lahan ke dalam dan luar microwave. Cara ini akan
menghilangkan bau yang terdapat di dalam microwave anda.
17. Mengilatkan permukaan silver/perak
Dengan mengunakan
3 bahagian pes baking soda dan
1 bahagian air yang diletakkan pada span, gosok permukaan perak sehingga
berkilat.
18. Membersihkan gelas yang mengandungi sisa kopi atau tea
Kadang-kadang, terdapat gelas yang kita gunakan di rumah
terlupa untuk membasuhnya dengan segera menyebabkan sisa kopi atau tea pada
gelas sukar untuk dicuci kerana ianya telah mengeras dan melekat pada permukaan
gelas.
Dengan menggunakan
baking soda, anda dapat
membersihkan kotoran pada gelas dengan
mudah, caranya, anda hanya meletakkan ¼ baking soda dan seliter air suam dan
bilas pada kotoran dengan menggunakan span.
19. Membersihkan lantai
Baking soda juga amat bagus untuk membersihkan lantai dan
mengilatkanya, dengan hanya menggunakan ½ cawan baking soda ke dalam baldi yang
diisi dengan air suam, anda boleh mebilas sehingga bersih dan berkilat lantai
di rumah anda.
20. Membersihkan perabot
Anda juga boleh membersihkan perabot dengan baking soda.
Dengan menggunakan span yang telah diletakkan baking soda, anda boleh menggosok
ringgan pada permukaan perabot dan biarkannya sehingga kering.
21. Meningkatkan kualiti cucian pada pakaian anda
Baking soda amat bagus untuk meningkat kualiti cucian anda
dengan hanya menambah ½ cawan ke dalam mesin basuh yang telah ditambahkan
dengan serbuk pencuci kain biasa. Ia menyeimbangkan pH yang
lebih baik di dalam basuh untuk mendapatkant pakaian bersih, lebih segar dan cerah.
Lain-lain kegunaan baking soda
Sebenarnya, terdapat begitu banyak lagi kegunaan baking soda,
yang tidak dinyatakan disini seperti kebolehan membersihkan lampin yang berbau,
membersihkan perlalatan sukan, membersihkan tumpahan minyak, meneutralkan
kakisan asid bateri pada kereta, membersihkan lampu kereta anda, krom, tingkap,
tayar, tempat duduk vinil dan tikar, membersihkan peti sejuk anda, meneutralkan
bau pada longkang, menghilangkan bau dari karpert, menghilang bau pada vakum, menghilangkan
bau dari tempat tidur haiwan peliharaan,
menghilangkan bau pada kasut dan bermacam-macam lagi.
Secara ringkasnya, baking soda amat ampuh untuk meneutralkan
bau, dan sebagai kuasa pembersihan yang bagus. Adalah penting bagi anda untuk
menyediakan baking soda di rumah anda untuk kegunaan sehari-hari. - Care2 / Thankyourbody.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.