Khasiat Kacang Tanah
Kacang tanah atau nama nama saintifiknya Arachis hypogaea merupakan
tumbuhan biji-bijian yang memiliki pelbagai
khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan kerana tumbuhan ini diperkaya
dengan banyak nutrient.
Kacang tanah merupakan tumbuhan yang berasal daripada
Amerika Tengah dan seterusnya telah tersebar ke merata dunia menerusi
penjelajah Sepanyol dan pada masa sekarang, negara-negara yang telah
mengkormesialkan tanaman ini secara besar-besaran adalah seperti Afrika, China,
Amerika Syarikat dan India.
Antara ramuan kacang tanah yang paling popular yang dikenali oleh manusia sejak zaman-berzaman adalah ‘kacang masin’ ianya sedap dan ranggup. Selain itu, kacang tanah yang direbus juga diminati oleh ramai orang.
Khasiat kacang tanah kepada kesihatan
1. Kacang tanah diyakini kaya dengan tenaga, ia itu setiap 100
gram memiliki 567 kalori serta mengandungi nutrien, antioksidan, mineral dan
vitamin yang baik untuk kesihatan.
2. Kaya dengan sumber mineral, antaranya adalah tembaga,
selenium, zink, magnesium, besi, kalsium dan kalium.
3. Mengandungi banyak vitamin B- Kompleks seperti niacin, thiamin, asid pantotenik, vitamin
B-6, folat, dan riboflavin. Tahukan anda? 100 gram kacang tanah iaitu anggaran
85 peratus daripada RDI niasin menyumbang kepada aliran darah dan kesihatan ke
otak.
4. Mengandungi vitamin E (α-kokopherol) yang amat bagus untuk
kesihatan. 100 gram kacang tanah mengandungi anggaran 8 gram vitamin E. Vitamin
ini adalah antioksidan larut lipid. Ia amat
bagus kerana mempunyai kekuatan untuk mengekalkan
keutuhan mukosa dan juga kulit dengan
melindungi dari radikal bebas umpamanya oksigen berbahaya.
5. Menurut Journal Of Agricultural And Food Chemistry
yang berlokasi di United States, kajian penyelidikan yang telah dijalankan
menunjukkan kacang tanah yang telah dipanggang atau dididihkan akan
meningkatkan ketersediaan biooksidan antioksidan.
![]() |
| Picture by, Pxhere, Licenced Via Creative Commons |
Hasil kajian telah mendedahkan kacang tanah yang telah
direbus mengandungi 2 hingga 4 kali ganda kandungan antioksidan isoflavon
biochanin-A dan genistein.
6. Mempunyai kandungan resveratrol iaitu mempunyai fungsi
perlindungan terhadap jangkitan virus / kulat, kanser, penyakit jantung,
penyakit saraf degenerative dan penyakit
Alzheimer.
7. Beberapa kajian juga menunjukkan resveratrol mampu
mengurangkan risiko strok iaitu dengan mengubah mekanisme molekul dalam saluran
darah dan mampu meningkatkan pengeluaran hormon vasodilator.
8. Melalui penyelidikan, kacang tanah mempunyai kandungan yang
amat tinggi antioksida polifenol, terutama sekali asid p-coumaric. Kandungan
ini berfungsi mengurangkan risiko kanser perut dengan menghalang pembentukan nitrosamines
karsinogenik dalam perut kita.
9. Kacang tanah juga mengandungi protein yang baik untuk
manusia dan membentuk asid amino yang amat bagus untuk tumbuhbesaran.
10. Membentuk tahap asid lemak tak tepu (MUFA) yang mencukupi
seperti asid oleik. MUFA ini akan
menolong untuk menurunkan kolesterol jahat dan menolong meningkatkan kolesterol
baik ke dalam darah kita.
11. Melalui penyelidikan, diet Mediterranean yang mempunyai
kandungan asid lemak tak tepu mampu untuk menolong bagi mencegah dari penyakit arteri
koronari dan risiko strok kerana menggalakan profil lipid serum yang sihat. - Nutrition-and-you.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.