Resepi Nasi Goreng Cina Seri-Aji
Nasi goreng cina adalah resepi yang berasal daripada kaum cina, sebab itulah resepi ini mendapat namanya. Resepi ini
sememangnya amat popular sekali di kalangan masyarakat kerana setiap kedai
makan atau restoran ada menyediakan resepi ini.
Nasi goreng ini mempunyai permintaan dan peminatnya yang tersendiri kerana selalunya
resepi ini tidak mengandungi cili dan amat sesuai bagi mereka yang tidak sesuai
dengan masakan yang pedas.
Resepi ini juga amat sesuai buat kanak-kanak yang masih
kecil kerana selain rasanya yang tidak pedas, resepi ini juga amat sedap sekali
jika dimasak dengan cara yang betul.
Cara-cara memasak nasi goreng cina menggunakan perencah Seri Aji.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi ini.
1) Minyak masak anggaran 6 sudu besar
2) 200g ayam (dipotong kecil)
3) 100g sayur campur (dipotong kecil)
4) 2 Biji telur
5) 4-5 Cawan nasi putih (550g – 600g)
Panaskan 6 sudu besar minyak masak ke dalam kuali. Apabila
minyak telah panas, masukkan 200g ayam dan goreng bersama-sama dengan 2 biji
telur serta dengan 100g sayur campur. Kacau sehingga sebati. Baca juga, Resepi Nasi Goreng Kampung Adabi.
Masukkan nasi di dalam anggaran 4 hingga 5 cawan dan langkah
seterusnya, taburkan 1 paket perencah nasi goreng cina 26g Seri-Aji. Pastikan anda melakukkan gorengan sehinnga
sekata. Pastikan anda menghidangkan semasa panas.
Rujukan:- Ajinomoto

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.