Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS
Bank Simpanan
Nasional (BSN) telah menyediakan perbankan melalui SMS untuk ahli-ahlinya melakukkan semakan
baki akaun BSN.
Perkhidmatan ini
adalah satu kemudahan alternatif agar
pengguna BSN tidak perlu lagi beratur di
bank dan hanya perlu
melakukkanya di mana-mana sahaja seperti di rumah, di restoran, atau tempat
kerja.
Perkhidmatan ini
juga amat mudah untuk dikendalikan,
bukan hanya boleh menyemak baki akaun tetapi perkhidmatan SMS ini meliputi
pembayaran bil, pemindahan dana, bayaran
kad kredit sendiri, pihak ketiga,
pembelian Pin, pembelian TOP-UP dan pembelian SSP dengan selamat dan terjamin.
Cara-cara semak baki akaun BSN melalui SMS
1) Syarat kelayakan
Sebagai makluman
awal anda, mereka yang layak menggunakan perkhidmatan ini adalah semua pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-I yang memiliki Kad ATM BSN /GIRO-i
/GIRO dan Matrix-i. Syarat lain pula wajib
memiliki telefon pintar.
2) Daftarkan nombor telefon anda dahulu
Untuk mendapatkan
perkhidmatan ini, anda harus pergi mana-mana kaunter Cawangan BSN yang berdekatan dengan anda untuk
mendaftarkan nombor telefon anda.
Selepas anda
melakukkan pendaftaran nombor telefon, anda akan diberikan 4 digit UAC
yang dicetak pada borang SMP-1 dan bila pendaftaran telah dilakukan,
anda seterusnya menerima SMS pertama terus ke telefon bimbit anda iaitu, M-PIN (6 angka), dan juga UAC (2 angka).
Selain anda mendaftarkan nombor telefon anda di akunter BSN,
anda juga boleh mendaftarkan nombor telefon anda melalui mana-mana mesin ATM
BSN dan juga mesin CDM BSN.
Bagi pendaftaran nombor telefon anda melalui mesin ATM atau
CDM, pilih menu untuk ‘urusan lain’ dan
tekan butang perbankan SMS dan Pendaftaran. Anda akan menerima 4 digit
UAC dan seterusnya menerima SMS pertama
terus ke telefon bimbit, M-PIN (6 angka),
dan juga UAC (2 angka).
3) Cara mengaktifkan perkhidmatan SMS BSN
Bagi mengaktifkan perkhidmatan SMS BSN ini, anda hanya perlu
menaip pada ruang SMS telefon bimbit anda dengan menaip seperti ini:
ACT <Jarak>M-PIN<Jarak><4 Digit UAC>2
Digit UAC
Contoh: ACT 123456 654312
Hantar ke nombor 36898 atau melalui nombor altenatif
ini, 019-2866180(Celcom), 017
-3776180(Maxis), 014-3386180 (DiGi).
4) Semakan baki akaun BSN
Bagi pertanyaan baki terkini akaun, anda hanya perlu taip:
BAL<Jarak >M-PIN
Contoh : BAL 987654
Hantar terus ke: 36898 / 0192866180 / 0173776180 / 0143386180
Contoh mesej balasan ayang anda akan perolehi untuk pertanyaan
baki akaun:
“Baki GIRO : 770.00’
5) Cara untuk batalkan perkhidmatan SMS
Sekiranya anda telah mengalami kehilangan telefon bimbit,
anda harus membatalkan perkhidmatan SMS BSN untuk mengelakkan akaun anda
disalahgunakan dengan hanya pergi ke mana-mana
mesin ATM BSN dan membatalkan nombor telefon yang lama dan mendaftarkan
nombor telefon yang baru.
Panduan batalkan nombor telefon di mesin ATM BSN apabila telefon anda hilang.
Melalui mesin di ATM > Masukan kad dan PIN > Pilih butang lain-lain > Pilih
perbankan SMS > Pilih penyelenggaraan
> Pilih pembatalan akaun > Masukan no telefon .
Anda harus melaporkan segera kehilangan nombor telefon dan
pembatalan nombor telefon melalui Bahagian Khidmat Pelanggan BSN di 03-2142
5258.
Sebagai panduan keselamatan, pastikan M-PIN tidak disimpan di dalam telefon
bimbit anda serta mesej M-PIN yang dihantar juga harus dikosongkan /dipadam selepas
anda menggunakan perkhidmatan SMS BSN.
Selain itu juga anda amat disaran untuk menukar M-PIN
sebulan sekali untuk memaksimakan system keselamatan perkhidmatan perbankan SMS
BSN anda agar tidak diketahui oleh orang lain.
6) Caj SMS dan waktu operasi
Setiap kali anda berurusan mengenai SMS untuk pertanyaan
baki atau lain-lain urusan, caj yang
akan dikenakan adalah RM 0.50.
Waktu operasi bagi perkhidmatan ini pula terbuka selama 24
jam sehari kecuali pada waktu penyelanggaraan system dilaksanakan iaitu pada
jam 12.00 malam hingga 12. 30 malam.
- Cara Mudah Buka Akaun ASB (Amanah Saham Bumi Putera)
- Senara Untuk Semak Senarai Hitam PTPTN
- Syarat Mohon Kad Kredit Maybank
Rujukan: BSN

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.