Cara Beli Motor Hutang Kedai
Adakah anda berkira-kira untuk membeli sebuah motosikal yang
baru? Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk melakukan pembelian motor seperti
membeli motor dengan cara hutang di kedai.
Cara ini sebenarnya agak mudah dan sering dipilih oleh
kebanyakan pembeli motosikal disebabkan prosedurnya agak mudah berbanding loan
bank ataupun melalui Aeon Credit. Walau begitu persoalannya disini, bagaimana
cara melakukan pembelian dengan cara ini?
Panduan mudah bagaimana beli motor melalui hutang kedai motorsikal.
Sebenarnya, mana-mana kedai motorsikal mempunyai kiraan
kalkulator tersendiri bagaimana melakukan pembelian motorsikal daripada mereka,
ini termasukalah melalui hutang kedai. Tidak semua kedai menetapkan pengiraan sama
mengenai bayaran pendahuluan dan juga bayaran bulanan sekiranya anda membeli
motor di kedai mereka.
Beli motor dengan cara hutang kedai bermakna, anda harus
melakukan bayaran pendahuluan / bayaran muka mengenai motor yang anda ingin
beli dan setiap bulan anda harus melakukan bayaran ansuran motorsikal tersebut melalui kedai motor tersebut.
![]() |
| Credit: Boon Siew Honda |
Misalnya, anda ingin membeli sebuah motorsikal Honda EX 5
yang baru dan pihak kedai telah menetapkan
beberapa pilihan bayaran pendahuluan dan juga pilihan bayaran bulanan
mengikut deposit yang anda pilih. Contoh motorsikal Honda EX 5 bayaran deposit
adalah RM 1,800 dan bayaran ansuran bulanan adalah RM 140 selama 4 tahun.
Selepas anda melakukan bayaran deposit mengenai motor Honda EX
5 ini, selalunya pihak kedai motor akan
memproses urusan motorsikal
diantara 3 hingga 7 hari termasuklah urusan insuran, cukai jalan dan
hak pemilikan.
Selepas urusan ini selesai, barulah pihak kedai akan
menghubungu anda melalui panggilan telefon, motorsikal yang anda beli telah
siap urusannya dan boleh mengambil motor itu di kedai.
Selesai, apa yang anda lakukan, pastikan setiap bulan anda
harus melaksanakan bayaran ansuran motosikal tersebut seperti mana yang
dipersetujui oleh anda dan juga pihak kedai. Amat mudah bukan.
Oh ya, cara ini juga tidak memerlukan anda untuk menunjukkan
slip gaji, hanya bayar deposit pendahuluan dan motor boleh keluar dari kedai.
Walau begitu, tidak semuanya kedai sama, terdapat kedai yang masih memerlukan
slip gaji untuk cara pembelian ini dan juga ianya masih tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kedai motorsikal itu sendiri.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.