Cara Beli Motor Tanpa Wang Deposit
Bagi sesetengah dari anda, mungkin ingin mengetahui
bagaimana untuk membeli motorsikal tanpa memerlukan wang deposit. Selalunya
mereka yang mahukan cara pembelian ini tentunya mereka yang kekurangan wang
modal untuk bayaran pendahuluan.
Baik, cara pembelian ini masih terdapat ramai orang yang
memilihnya kerana anda tidak perlu apa-apa modal pun untuk mengeluarkan motor
tersebut tetapi dengan cara ini anda
diharuskan melaksanakan ansuran bayaran motorsikal setiap bulan yang agak
tinggi.
Tips-tips beli motorsikal tanpa memerlukan wang deposit.
Cara ini sebenarnya agak leceh sedikit berbanding dengan
cara pembelian melalui hutang kedai kerana ianya memerlukan anda untuk
menyediakan beberapa dokumen untuk menguatkan permohonan anda untuk melakukan
pembelian motor tanpa deposit.
Dokumen-dokumen yang yang diperlukan termasuklah slip gajitiga bulan terkini, dan lesen motor. Selalunya pihak yang sanggup menawarkan
pembelian motor tanpa apa-apa deposit adalah pihak bank dan juga Aeon Credit.
![]() |
| Credit: Boon Siew Honda |
Selain itu, anda mestilah bersih dari black list, bersih dari
ccris, Ctos, kerana sekiranya nama terdapat di dalam senarai tersebut,
permohonan anda untuk melakukan pembelian motor tanpa deposit tidak dapat
diluluskan.
Sebenarnya dengan
cara ini telah pun ada pilihan yang ditawarkan oleh pihak bank ataupun pihak
Aeon Credit, misalnya terdapat tawaran yang menghendaki untuk melakukan bayaranpendahuluan
contohnya sebanyak RM 550 dan bayaran bulanan adalah sebanyak RM 160 bagi
pembelian motorsikal Modenas untuk 5 tahun.
Bagi pembayaran tanpa deposit pula, ansuranan bulanan motor
agak tinggi dan ini sudah tentunya anda telahpun sedia maklum mengenainya.
Bagi pandangan penulis, jika anda memilih kaedah pembelian
motor tanpa deposit dan anda tidak peduli dengan jumlah bayaran bulanan yang
agak tinggi, anda boleh memilih cara ini. Tetapi jika anda merasakan bayaran
bulanan agak tinggi, ada baiknya anda merujuk kepada tawaran oleh pihak penjual
dengan merujuk kepada jadual pembayaran deposit dan juga bayaran ansuran bulanan
mengikut kemampuan anda.
Untuk mengetahui perjelasan ataupun permahaman yang lebih lanjut, ada baiknya anda datang ke mana-mana kedai motorsikal dan bertanya lah kepada
pihak mereka mengenai pakej yang ditawarkan berkenaan pembelian motorsikal
tanpa wang deposit .

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.