Cara Trade In Kereta Anda dengan Mudah
Cara untuk trade in kereta memerlukan sedikit pengetahuan agar anda memahami bagaimana system trade in itu dilakukan oleh pihak kedai kereta mengenai kereta anda yang ingin di trade in. Jika anda tidak faham mengenai cara ini berkemungkinan anda akan ditipu oleh ejen kenderaan tersebut.
Panduannya mudah, untuk memahaminya, kereta lama anda akan dijual kepada syarikat kereta dengan harga yang telah ditetapkan oleh mereka dan anda pula akan akan membeli kereta baru melalui syarikat kereta tersebut.
Pastikan syarikat kedai kereta menerima kereta anda.
Baik, sebelum anda berkira-kira untuk menjual kereta anda, pastikan anda telah datang ke kedai kereta yang anda ingin beli kereta baru daripada mereka dan jangan malu bertanya berkenaan dengan kereta anda seperti bertanya mengenai harga pasaran kereta tersebut dan harga yang mampu dibeli oleh pihak kedai.
Sebagai makluman awal anda, apabila anda menjual kereta anda dengan cara trade in seperti ini, anda harus sedia maklum, harga yang ditawarkan oleh kedai kereta amat murah sekali berbanding anda menjual melalui orang perseorangan.
Harga kereta yang anda ingin jual.
Sebenarnya seperti yang dijelaskan sebelum ini, bukana anda yang akan menetukan harga kereta anda yang ingin di trade in tetapi pihak kedai yang akan menentukannya.
![]() |
| Picture by, David Jewiss, Licenced Via Creative Commons |
Walau begitu anda masih boleh memberikan cadangan atau berbincang mengenai harga tetapi selalunya pihak kedai akan berpandukan dengan harga pasaran semasa berdasarkan tahun kereta anda dan harga yang ditawarkan kepada anda jauh daripada jangkaan anda.
Urusan pertukaran nama semuanya diuruskan oleh salesman.
Apa yang mudahnya dengan cara ini adalah, semua urusan pertukaran nama, loan kereta akan diuruskan oleh salesman kedai dan anda hanya perlu menyediakan dokumen yang diperlukan misalnya slip gaji, dan urusan tandatangan mengenai pertukaran hak milik.
Apabila anda berurusan mengenai trade in kereta anda, jangan berfikir anda akan mengaut keuntungan mengenainya kerana selalunya pihak anda yang akan mengalami kerugian, walau begitu, anda akan memiliki kereta baru seperti yag anda mahukan.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.