Kesalahan Tidak Memiliki Lesen Memandu
Negara kita mempunyai undang-undang yang tersendiri berkait
dengan peraturan memandu di jalan raya. Perturan-peraturan jalan raya telah
termaktub di dalam Akta pengangkutan
Jalan 1987. Setiap rakyat yang tinggal di Malaysia diwajibkan mengikuti
peraturan-peraturan undang-undang trafik yang telah ditetapkan.
Peraturan jalan raya ini juga tidak terkecuali kepada
warganegara dari negara lain. Mereka juga wajib mengikuti peraturan jalan raya
di negara kita. Bagi sesiapa yang gagal mengikuti peraturan jalan raya, ianya
menjadi satu kesalahan sama ada dikenakan kompaun, hukuman denda atau hukuman
penjara bagi kesalahan yang serius.
Hukuman bagi kesalahan tidak memiliki lesen memandu.
Dengan merujuk kepada undang-undang yang sedia ada, bagi kesalahan tidak memiliki lesen memandu, pesalah berada
di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Seksyen ini telah
menjelaskan secara terperinci, tiada sesiapa yang boleh memandu di jalan raya kecuali mempunyai lesen yang dibenarkan secara sah.
Sebelum ini, pesalah yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen
boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300 dan pesalah boleh datang ke
mana-mana kaunter trafik untuk melaksanakan bayaran sekiranya gagal
melaksanakan bayaran, barulah pesalah dihadapkan ke mahkamah untuk mendengar hukuman
yang seterusnya.
Baca Juga: Cara Dapatkan Lesen Memandu Hilang
Bagi kesalahan tidak memiliki lesen bermula pada tahun 2017
dan 2018, pesalah trafik yang didapati bersalah akan terus dihadapkan ke
mahkamah untuk mendengarkan hukuman atau denda. Selain itu juga, kenderaan atau
motor yang digunakan oleh pesalah boleh disita terus dan pemilik asal kenderaan
haruslah datang sendiri ke balai untuk menuntut semula kenderaan mereka.
Rujukan: Akta Pengangkutan Jalan 1987

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.