Cara Mengatasi Tingkap Kereta Rosak
Adakah anda pernah mengalami tingkap kereta tak boleh tutup
atau tak boleh turun? Ataupu cermin tak naik? Selalunya, masalah ini akan berlaku hanya kadang-kadang
dan seterusnya akan berlaku semakin kerap. Sebenarnya ia adalah petanda yang
jelas cermin pada tingkap kereta anda
mula menunjukkan tanda-tanda akan
mengalami kerosakan.
Oleh itu, perlunya anda memahami punca yang menyebabkan
cermin tingkap kereta anda rosak,
Selalunya masalah ini disebabkan oleh power window switch yang berhampiran
dengan tingkap cermin atau masalah dari main power window switch yang
berhampiran dengan pemandu. Selain dari masalah lain pula, ia mungkin
disebabkan oleh masalah motor power window.
Bagi setiap pengguna kereta, adalah normal akan mengalami
masalah ini apabila anda telah menggunakan kereta anda agak lama. Selalunya
kebanyakan pengguna kereta akan mengalami masalah pada tingkap apabila kereta
telah berusia di dalam lingkungan 5
hingga 6 tahun.
Hantar kereta ada di kedai asesori kereta.
Apa yang anda perlu
lakukan apabila mengalami masalah ini, pastikan jangan memandang remeh mengenainya bila terdapat tanda-tanda
tingkap kereta anda mula meragam sama ada tingkap sukar diturunkan atau sukar
dinaikkan.
Akan sampai waktunya, tingkap kereta anda akan benar-benar
tidak dapat dinaikkan atau diturunkan kerana terdapat kerosakan pada komponen
di dalam tingkap itu sendiri sama ada motor window atau kerosakan pada switch
window.
Hantar segera kereta anda ke mana-mana kedai asesori kereta
yang berhampiran untuk baik pulih kerana kedai asesori kereta mempunyai
kepakaran mengenai masalah-masalah berkaitan dengan tingkap dan satu lagi,
mereka selalunya mempunyai alat ganti yang telah pun tersedia.
Hantar kereta ke bengkel.
Jika anda tidak berkesempatan untuk menghantar kereta anda
di kedai asesori atau kedai itu terlalu ramai pelanggan, anda boleh datang ke
bengkel kereta untuk baik pulih atau meminta mereka melihat punca yang
menyebabkan masalah pada tingkap kereta anda.
Sebaik sahaja masalah dapat dikesan, anda boleh mendapatkan
alat ganti di mana-mana kedai alat ganti untuk baik pulih masalah tingkap
kereta anda. Cara ini mungkin memerlukan kos yang agak murah kerana anda
mendapatkan alat ganti terus dari kedai alat ganti.
Jangan cuba membaiki sendiri.
Jika anda tidak mempunyai kepakaran untuk membaiki
kenderaan, anda tidak perlu bertindak untuk mencuba membuka komponen pada
bahagian tingkap kenderaan anda kerana dikhuatiri masalah akan bertambah
banyak.
Sebenarnya, masalah tingkap bukanlah satu masalah yang besar
jika anda menghantar terus ke kedai asesori untuk pembaikan. Mereka mempunyai
kepakaran dan alatan yang mencukupi untuk masalah pada tingkap kereta.
Selalunya masalah akan diatasi kurang 30 minit tetapi ianya bergantung pada
pelanggan yang ada di dalam kedai tersebut.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.