Berapakah Jumlah Helaian Rambut Gugur Normal Setiap Hari?
Kadang-kadang semasa kita mandi atau bersyampu, dan semasa
kita mencuci rambut kita dengan air bersih, kita dapati terdapat banyakhelaian rambut kita gugur.
Ini akan menyebabkan kita merasa risau atau takut
mengenainya dan anda beranggapan, anda mempunyai masalah keguguran rambut yang
serius.
Sebagai pengetahuan anda, adalah normal untuk anda dapati
setiap kali anda membasuh rambut, anda akan dapati terdapat helaian rambut anda yang gugur.
Adakalanya anda dapati helaian rambut yang gugur mungkin
banyak tetapi ia sebenarnya masih di paras yang normal.
![]() |
| Picture by, Kalhh, Licenced Via Creative Commons |
Sekiranya anda mengalami kegugurun rambut yang luar biasa
misalnya terdapat tompokan rambut yang gugur dalam jumlah yang banyak, atau
pada bahagian kepala anda terdapat bintik-bintik botak, ia sebagai petanda
amaran anda harus berjumpa doktor bahagian dermatologi untuk mengetahui punca
tersebut berlaku.
Merujuk kepada American Academy of Dermatologist, keguguran
rambut di dalam helaian 50 hingga 100 helai setiap hari adalah masih dikirakan
normal.
Setiap orang mempunyai
folikel rambut di dalam anggaran 100,00 helai ataupun lebih daripada
jumlah tersebut.
Oleh yang demikian, keguguran rambut yang anda alami masih
di tahap yang normal. Anda disaran untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah
untuk mengetahui cara-cara penjagaan rambut yang betul. Rujukan - Healhtline.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.