Mengapa Produk China Popular Di Malaysia?
Seperti yang kita tahu, negara China mempunyai bahan mentah
yang amat banyak hingga negara tersebut mampu berupaya mencipta apa sahaja
produk yang diingini mereka.
Kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh negara berkenaan
mempunyai potensi untuk dipasarkan ke seluruh dunia.
Sebab itu lah kita tidak hairan, kebanyakan produk seperti
pakaian, peralatan elektronik, permainan, atau apa sahaja produk adalah berasal
dari negara China.
Sebenarnya bukan sahaja di Malaysia, negara China telah
menjual banyak produk mereka ke serata dunia.
Negara China mempunyai kilang-kilang pembuatan yang begitu
banyak berserta dengan mesin-mesin yang canggih yang tiada dijual di Malaysia.
![]() |
| Photo by, Mohammed Hassan, Licenced Via Creative Commons |
Oleh sebab itu, rakyat di negara kita terpaksa bergantung
hampir kebanyakan produk yang dikeluarkan dari negara berkenaan.
Selain itu juga, produk dari China mempunyai kualiti produk yang berbeza-beza bergantung kepada harga yang
ditawarkan.
Kerana mata wang Malaysia yang lebih tinggi berbanding
dengan mata wang China, rakyat di negara ini mengambil kesempatan untuk
mendapatkan produk dari negara tersebut dengan harga yang amat murah dan
menjualnya semula di Malysia dengan harga pasaran.
Oleh sebab itulah produk di negara China begitu popular di
negara kita.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.