Apa Harus Dilakukan Apabila Kad Bank Hilang?

 Apa harus dilakukan apabila kad bank hilang? Pertanyaan ini selalu menjadi pertanyaan bagi anda yang telah kehilangan kad bank, tidak kisah kad bank Islam, kad Maybank,  kad bank Cimb, BSN atau kad bank-bank yang lain.

Persoalannya di sini, anda sebagai pengguna, jangan sesekali mengabaikan langkah-langkah keselamatan yang harus anda perlu buat apabila kehilangan kad bank anda. Ini bagi memastikan tidak kehilangan wang anda kerana kad bank anda telah sampai ke tangan orang lain yang memang berniat yang tidak baik.

Kad bank hilang, ini tindakan pertama harus anda lakukan

Apabila anda telah cuba mencari di merata tempat kad bank anda tetapi tidak menjumpainya, jangan berlengah-lengah lagi kerana apa yang kita risau kad bank anda telah sampai ke tangan orang yang memang berniat tidak baik keatas kad bank anda.
Maybank Debit Card
Credit: Maybank2u.com.my

Tindakan pertama yang harus anda perlu buat adalah dengan menghubungi talian hotline atau pusat panggilan pelanggan bank anda. Menghubungi pihak Bank sebagai satu cara paling cepat untuk membatalkan dan menyekat kad anda.

Panggilan ini sebenarnya sebagai langkah keselamatan terawal bagi memastikan tiada individu yang cuba mengeluarkan wang anda. Pihak bank anda akan menyekat kad bank sebaik anda telah menghubungi pihak mereka.

Segera ke mana-mana bank terdekat 

Sebaik sahaja anda telah berhubung dengan pihak bank, pihak mereka sudah tentunya akan mengarahkan anda segera ke mana-mana bank terdekat untuk urusan pengantian kad bank yang baru. 

Mungkin terdapat caj perkhidmatan yang akan dikenakan kepada anda bagi urusan pengantian kad yang baru, bergantung kepada bank masing-masing. 

Sekiranya terdapat pengeluaran wang semasa tempoh kehilangan kad anda dan pengeluaran tersebut bukan daripada anda, dinasihatkan anda harus segera ke balai polis terdekat untuk membuat laporan rasmi mengenai kehilangan wang anda dan ia sebagai salah catu cara untuk membolehkan pihak bank dapat meneruskan siasatan lanjut keatas kehilangan wang anda.


Tahukah anda, pada zaman serbah canggih ini, terlalu banyak orang telah kehilangan wang mereka kerana mengabaikan langkah-langkah keselamatan terhadap kad bank mereka. Oleh itu perlunya anda menjaga keselamatan kad bank anda sebaik mungkin agar tidak terlepas ke tangan orang yang tidak beniat baik.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan