Cara Beli Kereta Terpakai-Penting Lakukan Hal Ini!

Adakah anda berkira-kira untuk membeli kereta tepakai? Sebelum anda berkeinginan untuk membeli kereta yang telah terpakai, perlunya anda mengetahui beberapa tip yang perlu anda buat sebelum membelinya agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Membeli kereta terpakai sebenarnya tiada masalahnya jika anda tahu tipnya dan ia boleh jadi akan memberik keuntungan kepada anda lebih-lebih lagi harga yang dijual adalah harga yang murah dan kereta masih elok tanpa sebarang kerosakan yang serius.

Tahukah anda, di luar sana terdapat begitu banyak sekali kereta terpakai dijual dengan keadaan enjin yang sudah rosak teruk, gear box yang bermasalah, kereta bekas kemalangan, kereta bekas banjir dan kereta yang paling teruk adalah anda membeli kereta dimana pemilik kereta telah meninggal akibat kemalangan kereta. Anda pula membeli kereta tersebut, ia sesuatu hal yang kurang baik bagi anda sebagai pembeli.

Tip-tip sebelum membeli kereta terpakai

Sebagai pengetahuan anda, mencari kereta terpakai yang benar-benar masih elok tidak lah semudah yang anda bayangkan kerana kebanyakan kereta terpakai yang dijual sebenarnya banyak yang mempunyai masalah untuk diperbaiki, sebab itu kereta telah dijual oleh pemilik asal kepada syarikat kereta terpakai atau dijual oleh orang persendirian. Walau begitu, amalkan tip ini agar anda dapat memilih kereta yang masih elok.

1.Beli kereta terus kepada pemilik asal kereta

Sebelum anda ingin membeli kereta melalui syarikat kereta terpakai, ada baiknya anda mencari kereta yang dijual secara persendirian kerana anda serba sedikit mengetahui siapakah penjaual tersebut dan anda tahu kenapa ia menjual kereta itu.

Kelebihan membeli kereta terus kepada pemilik asal, anda juga mengetahui sekiranya kereta tersebut mempunyai masalah sekiranya ada. Terdapat pemilik kereta yang jujur akan mengatakan kepada kita mengapa ia menjual kereta itu dan kerosakan yang ada sekiranya ada.

Kereta Terpakai
Image by ALEX from Pixabay
Kebanyakan kereta yang dijual secara persendirian, mempunyai persaingan yang tinggi dari segi pembeli sekiranya kereta yang dijual masih di dalam keadaan yang baik. Selalunya pemilik kereta akan menjual kereta miliknya menerusi media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan laman sosial yang lain. So anda perlu cepat untuk menghubungi pemilik kereta jika anda lihat ia di iklankan menerusi media sosial.

Selain itu, membeli kereta terus kepada pemilik kereta, anda masih boleh berunding dengan harga yang ditawarkan berbanding dengan anda membeli kereta di syarikat kereta terpakai yang telah tertakluk dengan terma dan syarat syarikat tersebut.

2. Beli kereta dari syarikat kereta terpakai

Membeli kereta menerusi syarikat kereta terpakai sebenarnya tiada masalah jika kereta yang dijual masih di dalam keadaan yan masih baik tetapi kereta yang dibeli melalui syarikat ini, wang deposit memang mahal pada masa ini kecuali anda membeli secara cash money.

Selain dari itu, anda tidak mengetahui pemilik asal kereta yang anda beli dan tidak mengetahui sejarah mengenai kereta tersebut. Walau bagaimanapun, ia bukan satu masalah yang besar jika kereta yang anda beli tidak mempunyai tanda-tanda pernah berlaku kemalangan.

3. Pemeriksaan terhadap enjin kereta

Semasa anda melihat kereta terpakai yang ingin dijual, minta penjual untuk membuka bonet enjin kereta dan lihat dengan teliti keseluruhan enjin kereta dan perhatikan jika terdapat kebocoran minyak hitam. Jika terdapat kebocoran minyak hitam, selalunya ia memerlukan kos pembaikan yang agak besar bergantung dimana punca kebocoran tersebut.

Perhatikan juga, wayar-wayar dan suis yang menghubungkan ke enjin kenderaan bagi memastikan tiada wayar yang telah terputus atau terdapat pengubasuaian yang telah dilakukan keatas kenderaan tersebut. Jika terdapat wayar yang telah diubahsuai, ia akan memberikan masalah pada sistem wiring pada satu hari nanti.

4. Pemeriksaan aircond kenderaan

Minta penjual untuk menghidupkan enjin kenderaan tersebut dan cuba anda lakukan pemeriksaan keatas fungsi aircond kenderaan. Aircond amat penting untuk diperiksa sama ada ia masih berfungsi dengan baik atau sebaliknya kerana kos pembaikan sistem aircond kenderaan agak mahal.

Jika aircond yang masih berfungsi dengan baik, sudah tentunya masih mengeluarkan angin yang sejuk dan bukannya setakat keluar angin sahaja. Jika hanya angin sahaja yang keluar, terdapat dua kemungkinan, coil aircond rosak atau perlu ditambah gas aircond.

5. Pemeriksaan body kenderaan

Lihatlah dengan teliti setiap bahagian kenderaan bagi memastikan kereta yang anda ingin beli bukanlah kereta bekas kemalangan. Anda boleh bermula di hadapan kenderaan dahulu, bahagian tepi kiri dan kanan, bahagian enjin. Kereta yang pernah berlaku kemalangan pada bahagian hadapan, masih terdapat kesan ketukan pada bahagian tersebut walaupun ianya telah dicat dengan baik.

Perhatikan juga bahagian tengah kenderan seperti melihat kiri dan kanan pintu hadapan, begitu juga melakukan pemeriksaan pintu kiri dan kanan bahagian belakang penumpang. Lakukan pemeriksaan teliti jika berlaku tanda-tanda bekas ketukan akibat kemalangan, dan lihat juga getah yang ada di sekitar pintu untuk memastikan tiadanya kebocoran berlaku akibat karat.

Akhir sekali lakukaan pemeriksaan pada bahagian bonet kenderaan dan belakang kenderaan. Buka getah yang terdapat di kawasan tersebut, ia bagi mengesan sebarang bekas ketukan akibat kemalangan. Lakukan juga pemeriksaan sekiranya masih terdapat tayar pendua ataupun tidak.

6. Pemeriksaan terhadap tayar kenderaan

Lakukan pemeriksaan terhadap keempat-empat tayar kenderaan sama ada ianya masih dalam keadaan elok atau sebaliknya. Tayar yang telah botak memerlukan kos untuk penggantian tayar yang baru. Jika kereta yang hendak ingin beli merupakan kereta pacuan 4 roda, umpamanya Toyota Hilux anda perlu memikirkan kos pembelian tayar yang agak tinggi pula.

7. Pemeriksaan dalam kenderaan

Di dalam keadaan enjin kereta hidup, lakukan pemeriksaan di dalam kenderaan bagi mengenal pasti apa-apa kerosakan yang berlaku di dalam kenderaan misalnya, memastikan dasbord tidak mengalami keretakan, radio masih berfungsi, dan paling penting sekali fungsi meter pada kereta masih keadaan baik seperti odometer minyak, meter kelajuan dan tiada sebarang lambang tanda amaran yang keluar pada bahagian meter seperti lambang cek enjin, lambang cek bateri, atau apa-apa lambang yang lain keluar.

Jika terdapat apa-apa lambang yang keluar pada bahagian meter seperti lambang cek enjin, anda harus menilai semula terhadap kenderaan tersebut kerana ianya memerlukan perhatian yang khusus kerana berkemungkinan terdapat masalah pada bahagian enjin kenderaan.

Jika meter minyak tidak berfungsi, begitu juga meter kelajuan, ingatlah, kos bagi pengantian meter minyak yang baru memang mahal dan harus dihantar ke bengkel untuk pemasangan.

8. Test Drive

Sekiranya anda telah melakukan pemeriksaan keseluruhan kenderaan dan anda berpuas hati mengenai kondisi kenderaan tersebut, minta penjual untuk anda melakukan test drive atau pemanduan sendiri kereta tersebut bagi mengenal pasti masih terdapat sebarang masalah atau tidak.

Baca Juga: Cara Jual Kereta Masih Berhutang Dengan Bank

Semasa buat pemanduan keatas kereta tersebut, jangan lupa pasang lah aircond sekali lagi, pasang lampu kenderaan sama ada berfungsi kesemuanya. Cuba buat pemanduan di kawasan bukit, kawasan rata, dan kawasan selekoh, kawasan berbonggol. Ia bagi mengenal pasti sebarang kerosakan yang mungkin terhadap kereta tersebut.

Jika kereta berbunyi berkeriuk di depan semasa melalui kawasan berbonggol, ia sebagai tanda, absorber hadapan kereta harus diganti, begitu juga bunyi berkeriuk di bahagian belakang, ia sebagai tanda absorber belakang juga harus diganti.

Baca Juga: Cara juah Kereta Masih Buat Keuntungan

Jika melalui selekoh tajam, terdapat bunyi yang tidak elok, ia sebagai tanda kemungkinan dirve sharf atau absorber arm yang menghadapi masalah.

Dari test drive lah kita mengetahui sejauh mana prestasi kereta yang hendak kita beli. Jika anda masih tidak mengetahui cara mengenal pasti kereta itu benar-benar baik atau tidak, anda disaran untuk mengupah seorang mekanik untuk melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian. Tips ini penting untuk diikuti kerana wang anda yang akan keluar.

Baca Juga: Tips Cari Kereta Terpakai Dijual Murah Secara Online

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan