Berapa URL Artikel Boleh Dihantar Ke Bing Webmaster?
Menulis blog ini, sudah tentunya kita nak artikel penulisan kita akan diindeks segera ke web carian, betul tak? Jika tidak diindeks, siapa yang akan membaca artikel kita. Sebelum ini pun saya sendiri tidak mengetahui cara ini, tetapi berdasarkan sedikit pengetahuan, jika kita mahu artikel kita segera berada di web carian seperti google search console, Bing dan juga Yandex, kita kena buka akaun di laman web tersebut untuk hantar URL blog dan URL artikel kita.
Sebenarnya, kita tidak perlu pun mendaftarkan web kita ke akaun tersebut sebenarnya kerana sistem web carian akan menemui web anda juga akhirnya. Tetapi ia adalah sebagai satu cara altenatif untuk segera web sarian untuk menemui web atau blog kita terutama blog atau web yang masih baru.
Jujur saya katakana, jika kita tidak mendaftarkan diri ke web carian ini, kebarangkalian web atau blog kita akan ditemui selama berbulan-bulan lamanya sebab sistem mereka memerlukan proses yang agak lama disebabkan terdapat begitu banyak artikel yang perlu dirangkak oleh sistem mereka dari serata dunia.
Salah satu laman carian yang begitu popular adalah dari carian Bing, jika anda mahu artikel anda segera ditemui oleh carian Bing, anda perlu lah mendaftarkan akaun anda ke Bing Webmaster. Caranya tidaklah susah sangat, dengan menggunakan akaun google sahaja anda akan segera dapat membuka akaun anda ke dalam web berkenaan.
Jika anda
telah mempunyai akaun google search console, anda boleh terus mengimport data
daripada akaun ini terus ke Bing Webmaster. So selesai anda mengimportnya, anda
submit sitemap anda, dan boleh terus submit URL artikel anda.
Berapa
jumlah URL artikel yang boleh dihantar ke akaun Bing? Setakat ini apa yang saya
ketahui, jumlah URL artikel yang boleh dihantar ke Bing adallah sebanyak 100
URL setiap hari. So, jika melebihi 100 URL, keesokan harinya pula kita perlu
menghantarnya semula.
Mudah
bukan? Ini membolehkan Bing mengenal pasti web anda dan artikel yang anda tulis
dan akan segera mengindeks nya ke laman carian mereka. Bagi saya artikel yang
boleh dihantar sebanyak 100 URL adalah sesuatu yang agak banyak berbanding
dengan google search console yang agak terhad jumlah URL yang boleh dihantar.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.