Berbaloi Ke Beli Kereta Perodua Axia?

Kereta yang begitu top sekali di Malaysia pada masa ni adalah mengenai sebuah kereta dari Perodua iaitu model jenis Axia. Admin pun agak terasa teruja juga kenapa media benar-benar promosikan kereta Axia ni kan.

Rupanya, terdapat sebuah model kereta Axia E yang dijual dengan harga ‘rahmah’ disebabkan bulanan kereta ini hanya RM 300 sahaja. Persoalannya disini, berbaloi ke beli kereta Produa tahun 2023 ni?

Ini sebab kenapa beli kereta Perodua Viva Tahun 2023

Sebenarnya mari kita lihat pro dan kontra dulu dimana keperluan korang untuk menggunakan kereta Axia ini. Pertama sekali memahami apa itu keperluan dan kemahuan, jika korang tidak memahami prinsip ini, dengan membeli kereta Axia atau apa jua kereta jenama yang lain tanpa membuat kajian terlebih dahulu, korang akan dianggap membazir.

Pendapat admin, kereta Axia ini begitu kompak sekali, dengan reka bentuk yang agak menarik, penggunaan minyak yang begitu menjimatkan serta enjin 1.0 yang sesuai dengan body kenderaan. Siapa tidak tertarik dengan kereta Axia ini kan?

Perodua Axia E
Credit: Perodua.Com
Jika korang pada masa ini tidak mempunyai kenderaan lagi, yang ada hanyalah sebiji motorsikal sahaja, mungkin ini dianggap sesuai dengan korang, atau lihat lah dahulu kekuatan pendapatan korang ya. Jika bayaran bulanan RM 300 pun sangat berat untuk menanggungnya, buat pertimbangan lah dahulu ya.

Perodua Axia ini amat sesuai kepada keluarga kecil, golongan bujang atau sebagai kereta kedua untuk digunakan sebagai kenderaan ke tempat kerja dan kenderaan digunakan di dalam perjalanan yang dekat misalnya di kawasan bandar.

Jika korang bercadang untuk menggunakan kereta Axia ini sebagai kereta Grab, Maxim, mungkin ianya kelihatan berbaloi kerana minyak yang begitu jimat sekali. Ianya terbukti apabila bila korang ke kawasan bandar, terdapat banyak kereta Axia digunakan sebagai grab car.

Bagi korang yang memiliki banyak kenderaan, membeli kereta Axia mungkin dianggap membazir jika tiada keperluan mendesak untuk menggunakannya. Tetapi tidak salah anda memilikinya jika memang korang menggunakanya untuk suatu keperluan tertentu.

Selain dari tips-tips yang sudah admin tulis, kelebihan membeli kereta Axia ini disebabkan kos maintenance yang masih dianggap murah berbanding kos maintenance kereta-kereta lain. Harga tayar yang murah, minyak enjin yang murah, alat ganti yang murah dan semuanya mudah diperolehi.

So bagi korang apa pendapat korang mengenai kereta Axia tahun 2023 ini. Model kereta Axia juga mempunya beberapa model hingga model yang dianggap full assesori. Jika korang benar-benar minat dengan kereta Axia ini, datanglah di kedai-kedai pameran Perodua dahulu, barulah korang dapat menilai sepenuhnya kereta Axia ini.

Apa yang admin tahu mengenai kereta Axia E yang berharga RM 22000, korang harus datang segera di kedai pameran Perodua di seluruh negara untuk membuat tempahan, atau jika anda mempunyai rakan ejen sah Perodua, call segera terus untuk booking.

Stok permulaan bagi model Axia E, hanya 3000 unit sahaja dan jika stok ini habis, korang terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan kereta Axia korang.

So akhir kata dari admin, memang berbaloi korang membeli kereta ini sebagai keperluan. Maksud admin yang tidak berbaloi jika anda tidak mampu untuk komitmen bulanannya dan bukan keperluan sebenar untuk korang menggunakan kenderaan ini.

Korang tahu tak, admin amat menyukai model kereta Axia berwarna putih dan juga silver. Korang  pula macamana? Apa-apa pun, bergantung kepada minat korang la ya untuk memilih warnaya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan