Blog Tiada Pengunjung
Setelah sekian lama berhenti dalam dunia blogging, domain name berbayar berbayar telah lama expire kalo tak silap pada tahun 2019, admin melihat semula blog admin, ia telah telah bersarang labah-labah, haha, apa tidak ia telah terbiar hampir tiga tahun.
Masa tu,
admin berhenti menulis disebabkan PKP pada masa itu. Korang pun semua tahu pada
zaman PKP, semua orang trauma disebabkan asyik kena kurung jer, pada masa itu
admin pula bertugas semasa PKP, so kerana tekanan kerja, mood menulis memang
betul-betul down pada masa itu.
Setelah PKP
berakhir, admin telah benar-benar lupa mengenai dunia penulisan lebih-lebih
lagi domain name berbayar telah lama tak boleh digunakan. Setelah PKP berakhir,
admin telah beralih ke dunia Forex selama hampir 2 tahun. Haaa perjuangan dunia
Forex sangat mencabar berbanding dalam dunia penulisan hehe. Kalo korang tak
percaya dunia forex sangat mencabar cuba korang try.
![]() |
| Image by Shiva Reddy from Pixabay |
Mulanya
admin terfikir untuk membeli domain name yang baru bagi mengaktifkan semula
blog ni tetapi disebabkan google telah menggunakan Hypertext Transfer Protocol
Secure (https) untuk blog percuma, so admin gunakan domain name percuma jer la.
Korang tahu
apa yang admin lakukan untuk membangun semula blog ni walau da takde
pengunjung? Admin terpaksa buang semua broken link di dalam blog satu persatu,
ia satu perjuangan yang agak berat sebab sehari admin update semula artikel
yang lama terbiar.
Artikel
yang sudah ada di dalam blog ni sebenarnya telah mencapai 500 lebih artikel.
Nampak banyak kan, walau terdapat artikel yang tidak berkualiti admin buat masa
mula-mula dulu admin menulis. Tetapi admin tak buang sebagai peringatan kepada
admin sendiri itulah artikel yang masih belum punyai ilmu.
Sekarang
admin pun masih belajar sama seperti korang yang minat blogging untuk berkarya.
Ya blog ni masih tiada pengunjung langsung semasa blog ini ditulis. Admin
terpaksa submit semula domain name percuma ini di google search console untuk di
index semula.
Admin akan
update perkembangannya ya, berapa hari google crawler semula blog dan artike
ini. Sebelum ini, kalau tak silap, pageview boleh mencecah 15k sehari tetapi
sekarang da takde pengunjung.
Walau
begitu, admin tahu bagaimana system google bekerja, dan admin hanya menulis dan
update di blog ni. Admin sebenarnya telah mempunyai akaun adsense sebelum ini,
tetapi buat masa ini admin masih tak gunakan sebab tiada pengunjung. Haha
Sama
seperti penulisan sebelum ini, penulisan di blog ini tidak berkisar kepada satu
topik sahaja tetapi ianya mengenai banyak topik, blog ni lebih kepada life style,
rujukan, dan pelbagai tips yang lain untuk mempelbagaikan pembaca-pembaca blog
ini.
Mengenai
template blog pula, setekat ini admin juga menggunakan template percuma dari
google jer, sebab masih tiada keperluan dari admin untuk membeli template berbayar.
Admin lihat, template percuma google ok juga kan? Walaupun nampak sangat basic,
hehe tapi ok la kan, apa pendapat korang?
Admin harap
mampu menulis artikel dalam blog ni walau ia adalah satu cabaran yang besar
bagi admin, tetapi bagi admin penulisan di dalam blog lah yang boleh menginspirasi
kepada admin untuk berkarya. Korang pula macamana? Apa target korang untuk
menulis artikel, kerana adsense? Sama la tu kan. Baik jumpa lagi di artikel
seterusnya.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.