Cara Bancuh Kopi O Kaw

Bagaimana bancuh kopi o kaw? Kopi merupakan antara minuman paling popular sekali d negara ini. Kopi yang paling diminati ramai adalah kopi dari varieti Arabica dan juga Rabusta. Saya sebelum ini sebenarnya tidak meminati kopi kerana rasanya yang pahit, tetapi semenjak saya mengetahui kopi ini mempunyai antioksidan yang sanggat tinggi, saya cuba untuk belajar minum kopi o.

Baik, sebelum kita belajar bagaimana bancuh kopi o kaw, saya ingin bercerita serba sedikit bagaimana saya cuba biasakan minum kopi o ini. Saya sebenarnya tidak dapat minum kopi o ini kerana, setiap kali saya meminumnya, saya akan merasa pening kepala, ia mungkin disebabkan kesan kafien yang terkandung pada kopi tersebut.

Kerana disebabkan saya telah terbaca satu artikel kesihatan terkenal dunia yang mengatakan kopi o ini adalah minuman panjang umur disebabkan sifat antioksidan yang begitu tinggi sekali yang terdapat pada kopi, maka saya paksakan diri juga untuk membiasakan diri untuk meminum kopi ini. Haha.

Image by DigitalDDay from Pixabay

Jujur saya katakan, saya pernah terbaring selama beberapa hari di rumah kerana kepala pening disebabkan meminum kopi yang mungkin agak terlalu banyak. Ia sesuatu yang agak kelakar kan?

Tetapi kini saya tidak lagi pernah pening kepala setiap meminum kopi. Bagaimana dengan anda? Saya kini lebih suka meminum kopi o kaw kerana rasa yang begitu lazat sekali ditambahi lagi dengan aromanya yang sangat harum. Perghh, kopi o kaw adalah segalanya bagi ku haha.

Saya sebenarnya belajar dengan otai kopi o kaw juga, bagaimana cara bancuh kopi o kaw yang rasa pas atau cukup dan rasa kaw. Caranya mudah sahaja, saya selalu menggunakan serbuk kopi dari keluaran Kopi Tenom kerana kopi yang dikeluarkan oleh mereka adalah dari kopi varieti Rabusta.

Cara bancuh kopi o kaw

1. Ambil serbuk kopi menggunakan sudu makan sebanyak 2 kali, pertama penuhkan satu sudu makan serbuk kopi dan masukkan  ke gelas 250ml, pada kali kedua, ambil separuh sahaja sudu makan serbuk kopi dan masukkan sekali lagi ke dalam gelas.

2. Gula pula, dengan menggunakan sudu makan, masukan satu sudu setengah gula ke dalam gelas.

3. Masukkan air panas sehingga penuh ke dalam gelas. Kacau kopi dan gula segingga sebati. Tunggu 3-5 minit hingga serbuk kopi telah mendap ke bawa gelas dan kacau sekali lagi dan sedia untuk dihidangkan.

Jika dinikmati kopi o kaw ini, semasa sarapan pagi, amat nyaman sekali saya rasakan. Begitu juga dinikmati pada sebelah petang. Rasa yang pas, kaw serta aroma yang sangat harum membuatkan hari-hari dilalui dengan penuh semangat. Haha, so pandangan anda bagaimana pula?

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan