Cara Beli Cat Kereta Murah

Bagaimana cara beli cat kereta murah? Pada Ketika ini, kebanyakan barang naik harga semuanya, ini termasuklah cat kereta. So, bagaiman untuk mendapatkan cat kereta dengan harga yang amat murah berbanding di bengkel cat kereta?

Persoalan ini selalunya, akan berlaku apabila sesetengah dari kita, akan menghadapi masalah dengan kereta kita misalnya, kereta tercalar, warna kereta telah pudar ataupun kita hendak menukar cat kereta dengan warna yang baru.

Cara-cara mendapatkan cat kereta murah berbanding harga pasaran

Admin bukanlah menjual cat kereta yang murah tetapi idea dari admin ini mungkin memberi manfaat kepada anda agar poket anda tidaklah koyak kerana membeli cat kereta yang mahal. Pertama sekali apa yang anda perlu buat, sebelum berkeinginan untuk mengecat kereta anda, cuba anda buat servay dahulu harga cat kereta di tempat anda berada.

Image by Brigitte Werner from Pixabay
Anda datang 2-3 kedai yang menjual kedai cat kereta pun takpe, ini untuk mengetahui harga pasaran sebenar cat kereta yang hendak beli dan jenis-jenis cat yang ada termasuklah simennya sekali. Jika anda melawati setiap kedai, jangan lupa bertanya mengenai harganya, jenis cat, kod cat pada kereta anda.

Hal ini penting untuk anda menilai sejauh mana kos sebenar yang anda perlu keluarkan dan disini kita akan mengetahui kos sebenar yang diambil oleh pihak bengkel cat  kereta nanti. Jika anda terus bertanya ke bengkel cat kereta, anda akan mengetahui kos yang mereka ambil untuk mengecat kereta amat mahal sebenarnya.

Jika anda telah mengetahui harga sebenar, cat kereta yang dijual di kedai di kawasan anda, buat lah catitan mengenai setiap kos tersebut, mungkin untuk sebiji kereta memerlukan 4liter cat untuk sebuah kereta dan jangan lupa juga buat catitan mengenai harga simen untuk kereta anda. Jika kereta anda tidak memiliki calar, mungkin simen tidak diperlukan.

Setelah mengetahui kos-kos membeli  cat kereta, buat lah servay pula di laman web membeli belah seperti Shopee dan juga Lazada. Kenapa saya mengesyorkan anda membuat servay di sini, ini kerana harga cat kereta yang dijual berharga lebih murah berbanding dengan harga cat yang dijual di kedai.

Mengapa ianya murah? Ini disebabkan, penjual di Shopee mahupun Lazada tidak menanggung kos sewa kedai oleh sebab itu mereka mampu menjual dengan harga yang amat murah sekali. Sunggupun begitu, anda harus ambil kira juga kos penghantaran apabila anda membeli cat kereta di Shopee ataupun Lazada.

Jika anda inginkan cat asal kereta anda, jangan lupa untuk mendapatkan kod cat kereta anda yang boleh dilihat berhampiran enjin kereta.

So, dimana yang berbaloi, anda terus ke bengkel kereta untuk cat kereta anda atau membeli dahulu cat kereta tersebut dan anda perlu berunding lah dahulu dengan pihak bengkel dengan berapa harga upah untuk mengecat kereta anda kerana cat dan simen telah anda sediakan. Hal ini sudah tentunya, anda boleh jimat dengan banyak, sekiranya anda melakukan cara seperti ini.

Baca Juga: TipsMendapatkan Alat Ganti Kereta Murah

Hidup ini kenalah pandai, jangan terus hantar kereta ke bengkel jika terdapat cara yang lebih jimat untuk anda harus lakukan. Jika anda tidak kisah dengan harga bayaran yang dikenakan kepada anda apabila anda menghantar kereta ke bengkel cat kereta, pilihan di tangan anda.

Jika anda mempunyai kawan sebagai pengecat kereta atau pemilik bengkel cat kereta, anda boleh buat rundingan kepadanya mengenai kos upah untuk mengecat sahaja dan cat serta simen anda yang sediakan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan