Cara Bersihkan Permukaan Lidah
Memberus gigi bukan sahaja mampu membersihkan mulut dan gigi tetapi mencegah dari kerosakan gigi dan mampu membunuh bakteria yang terdapat di dalam mulut kita. Bagaimana pula dengan lidah kita? Bagaimana cara bersihkan permukaan lidah kita?
Sebenarnya,
semasa kita memberus gigi, kita masih boleh membersih kan lidah kita dengan
berus gigi tetapi tidaklah bersih sepenuhnya. Tahukah anda, lidah juga salah
satu tempat bakteria membiak jika kita tidak pernah membersihkannya.
Cara bersihkan permukaan lidah dengan berkesan
Sebelum
ini, saya juga tidak tahu cara untuk membersihkan lidah dengan cara yang benar
tetapi semenjak saya menghidap selesma dan demam beberapa tahun yang lepas.
Dari sana lah saya tahu membersihkan lidah dengan cara yang betul.
![]() |
| Image by Shaun from Pixabay |
So, saya
cuba mencari informasi mengenai cara untuk membersihkan lidah di internet dan
saya dapati membersihkan lidah ini amat baik sekali dibersihkan semasa kita
demam dan juga selesma. Melalui informasi yang saya perolehi itu, terdapat alat
untuk membersihkan lidah yang boleh diperolehi di farmasi.
Apa yang
saya lakukan, saya pergi ke farmasi yang berhampiran dan bertanya kepada
pekerja farmasi adakah mereka menjual alat untuk membersihkan lidah. Ya memang
farmasi ada menjualnya. Jika tiada dijual di farmasi di kawasan anda, alat
untuk membersihkan lidah juga boleh diperolehi di Watson dan juga Guardian.
Jika tiada
juga anda menjumpainya, anda boleh lah cari di Shopee, selalunya di Shopee memang
berlambak alat pembersih lidah dijual di laman tersebut. Harga pembersih lidah
tidak lah mahal, seingat saya, harganya adalah RM 2 satu, bergantung kepada
jenisnya.
Cara untuk
guna pula, sebelum anda memberus gigi, tarik lidah anda dan gunakan alat
pembersih lidah untuk membersihkan permukaan lidah anda. Disana anda akan
dapati, lendir dan kotoran akan terhapus sepenuhnya. Lakukan secara
perlahan-lahan sehingga permukaan lidah bersih.
Baca Juga: Petua Hilangkan Sakit Gigi Secara Semulajadi
Setelah selesai, barulah anda boleh memberus gigi anda dan berkumur dengan ubat kumur. Cuba Ketika anda demam, selesma dan batuk, lakukan cara ini, sudah pasti sakit yang anda alami akan lebih cepat sembuh.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.