Tip Cara Halau Semut Dalam Rumah Cukup Berkesan
Bagaiamana cara halau semut dalam rumah? Kehadiran semut di dalam rumah kita menyebabkan sesetengah dari kita akan merasa tidak selesa dengan semut-semut ini, walau ada di antara anda sanggup menggunakan racun untuk menghalau semut datang ke dalam rumah.
Di luar
sana, terdapat banyak produk untuk menghalau semut termasuklah produk kimia
yang mampu memusnahkan kloni semut keseluruhannya dan terdapat juga produk
penghalau semut yang dibuat dari bahan semula jadi misalnya produk yang
diperbuat dari serai.
Ya tidak
dinafikan, produk yang diperbuat dari bahan kimia dilihat sangat berkesan untuk
menghalau semut dan mampu memusnahkan keseluruhan kloni semut tetapi ia dilihat
agak merbahaya digunakan kerana ia juga mampu memberi kesan buruk kepada
manusia dan juga haiwan peliharaan misalnya kucing, anjing, ayam atau ternakan
lain.
Terdapat produk
penghalau semut diperbuat dari bahan kimia umpamanya roti yang telah dicampur
dengan bahan beracun hingga semut yang memakannya akan mati termasuk kloninya.
Jadi, jika anda menggunakan produk penghalau semut yang diperbuat dari bahan
kimia, diingatkan anda berhati-hati tentang produk tersebut dan jangan
meletakkan di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak. Begitu juga jika
menggunakannya di luar rumah, jangan biarkan ianya di makan oleh anjing
peliharaan.
Cara halau semut di dalam rumah yang berkesan
Cuba anda
perhatikan kehadiran semut di dalam rumah, kita akan mendapati semut akan
kelihatan banyak di dalam rumah pada hari-hari tertentu dan ia akan hilang dan
kloni semut yang lain pula yang akan datang. Mengapa seperti itu?
![]() |
| Image by Hans from Pixabay |
1. Simpan makanan anda di tempat tertutup
Punca semut
datang di rumah anda adalah disebabkan oleh andanya sumber makanan yang
terdapat di rumah anda. Ini lah punca pertama yang mengundang kehadiran semut
di dalam rumah. Perhatikan di dalam rumah anda, bagaimana anda menyimpan
makanan di dalam rumah, sisa-sisa yang terbuang yang tidak dibersihkan di
lantai rumah akan mengundang kehadiran semut.
Makanan di
dalam rumah haruslah disimpan dengan segera setelah anda menggunakannya.
Simpanlah di tempat yang tertutup rapat agar semut tidak dapat mengesan makanan
di dalam rumah.
2. Bersihkan rumah anda dengan kemas
Meja makan
harus dilap dengan bersih dan jangan sesekali terdapat sisa makanan, tumpahan
air bergula serta lantai harus disapu bersih. Sisa makanan yang tidak
dibersihkan akan mengundang kehadiran kloni semut di dalam rumah. Lakukan
pembersihan meja makan, lantai serta dapur setiap kali anda makan.
3. Didik anak-anak agar tidak menjatuhkan makanan di lantai
Kita atau kanak-kanak
di rumah harus dididik dengan betul agar tidak menjatuhkan sisa makanan seperti
roti, aiskrim, cokelat, gula-gula atau makanan ringan yang lain. Ajarlah mereka
dan beritahu akan mengenai kehadiran semut sekiranya mereka menjatuhkan makanan
di lantai rumah, tilam, kusyen. Tanpa didikan ini, misi anda menjadikan rumah
tidak didatangi semut tidak akan berjaya.
4. Tong sampah harus di luar rumah
Mengapa
tong sampah harus di luar rumah? Tong sampah adalah tempat anda membuang sisa
makanan, jika anda masih menempatkan tong sampah di dalam rumah, sudah tentunya
masih mengundang kehadiran semut untuk datang, kecuali anda menjamin tong
sampah mempunyai penutup yang baik dan sukar dimasuki oleh semut.
Baca Juga: Cara Minum Cuka Epal Yang Betul
Letak lah tong
sampah di luar rumah dan tutup lah dengan baik agar tidak mengundang kehadiran
semut. Cuba anda perhatikan tong sampah anda di dalam rumah, terdapat semut di
dalamnya bukan?
Baca Juga: Kulit Telur Petua Halau Semut Dari Kebun Cili
Penyebab utama
kehadiran semut di rumah kita adalah sikap kita sendiri yang tidak memperhatikan
hal-hal apa yang menjadi penyebab kepada kehadiran semut. Anda tidak perlu
menggunakan racun semut pun sebenarnya untuk menghalau semut, gunakan tips ini,
percayalah semut tidak datang lagi di rumah anda.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.