Kulit Telur Petua Halau Semut Dari Kebun Cili
Pernah atau tidak anda mengalami masalah semut pada kebun cili anda? Kehadiran semut di pokok cili disebabkan oleh adanya serangan serangga aphid ataupun kutu daun. Ini sesuatu hal yang tidak baik keatas kebun cili anda ya kerana aphid ini pembawa virus yang menyebabkan daun cili menjadi keriting. Kutu daun akan menyedut zat pada daun pokok cili dan mengasilkan rembesan yang disukai oleh semut. Selain itu semut juga membantu aphid menyebar ke semua bahagian pokok cili.
Kita akan
membahas secara ringkas mengenai petua kulit telur untuk halau semut dari datang
ke kebun cili anda secara semulajadi tanpa menggunakan racun. Pokok cili jika
tidak dirawat dengan benar, ianya mudah diserang dengan pelbagai penyakit yang
boleh merosakkan pokok itu sendiri.
Kulit telur petua halau semut dari kebun cili anda
Petua kulit
telur ini sebenarnya telah digunapakai oleh ramai orang bagi menghalang semut datang
ke pokok cili mereka. So, selepas ini apabila anda mengetahui petua ini, jangan
sesekali membuang kulit telur di rumah anda untuk dijadikan sebagai kegunaan
menghalau serangga secara biologi.
![]() |
| Image by michel kwan from Pixabay |
Baca Juga: Cara Pilih Kacang Bendi Segar Dan Muda
Hanya masukkan
kulit-kulit telur ke dalam lesung batu dan anda perlu menumbuknya sehingga
kulit telur menjadi hancur menjadi serbuk. Apabila anda selesai menumbuknya, apa
yang perlu anda buat taburkan kulit telur yang telah hancur ke sekitar pokok
cili anda. Baki kulit telur yang masih ada, simpan ke dalam balang plastik yang
tertutup.
Sebenarnya, petua ini dikatakan boleh juga diamalkan di kawasan rumah kita jika terdapat kehadiran semut. Apa yang perlu anda buat, taburkan serbuk kulit telur ke kawasan laluan semut di sekitar rumah anda. Anda akan lihat perubahan positif yang baik kerana semut akan segara perlahan-lahan meninggalkan rumah anda.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.