Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad Maybank
Bagaimana cara keluarkan duit tanpa kad Maybank? Bagi pelanggan Maybank, mungkin satu masa anda tiba-tiba terlupa membawa dompet semasa keluar rumah dan yang anda hanya bawa adalah telefon bimbit anda sahaja. Mungkin anda sedikit gelabah kerana anda memerlukan duit cash pada waktu tersebut.
Jangan risau, kini pihak Maybank mempunyai cara atau solusi bagaimana mengeluarkan duit di Maybank tanpa kita membawa kad ATM.
Langkah-langkah cara keluarkan duit tanpa kad Maybank
Baik berikut adalah langkah demi langkah bagaimana cara untuk mengeluarkan duit di Maybank tanpa anda membawa kad ATM.
Langkah pertama
Anda perlu log masuk ke Maybank2u, klik pada 'MOBILE' dan seterusnya pilih 'CARDLESS ATM WITHDRAWAL'.
Langkah kedua
Selepas anda pilih CARDLESS ATM WITHDRAWAL, masukkan nombor telefon anda dan dan nama anda.
Langkah ketiga
Pilih jumlah amoun yang perlu anda keluarkan iaitu pilihan sebanyak RM 100, RM 200 dan RM 300.
Langkah keempat
Selepas anda buat pilihan jumlah amaun yang perlu dikeluarkan, klik AGREE untuk setuju dengan Terms & Condition Maybank dan REQUEST TAC number.
Langkah kelima
Nombor TAC akan dihantar melalui SMS dan masukan 6 angka TAC Number yang diminta sebagai pengesahan.
Cara-cara keluarkan wang di ATM Maybank tanpa kad
Selepas anda membuat pengesahan melalui TAC number tadi, anda akan menerima dua kod ID yang dihantar melalui SMS. Nombor kod ID pertama adalah sebanyak 16 atau 17 digit contoh 1234560122811521 dan kod ID kedua adalah 6 digit.
Baca Juga: Cara Tukar Kad Maybank Online
Apa yang perlu anda lakukan, pergi ke mesin ATM Maybank, klik pada skrin mesin dan buat pilihan Pengeluaran Tanpa Kad. Masukkan dua kod ID yang dihantar melalui SMS tadi iaitu bermula dengan kod ID 16 atau 17 digit dan seterusnya masukkan kod ID 6 digit. Seterusnya anda telah berjaya mengeluarkan wang anda! Selamat mencuba.
Rujukan: Maybank Cardless Withdrawal

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.