Cara Makan Bawang Putih Mentah
Pernah kah anda terfikir untuk menjadikan bawang putih sebagai amalan pemakanan seharian anda? Percaya atau tidak saya telah mengamalkan memakan bawang putih hampir 2 tahun lebih setiap hari semasa bangun tidur. Ya, sehingga sekarang saya masih mengamalkannya.
Disini saya
ingin berkongsi kepada anda dan pembaca di luar sana cara untuk memakan bawang
putih mentah dengan selamat. Bawang putih ini memiliki banyak manfaat kesihatan
kepada pengamalnya jika dibuat dengan secara rutin setiap hari.
Cara makan bawang putih mentah dengan selamat
Begini cara
yang saya lakukan, setelah bangun tidur
setiap pagi dan perut di dalam keadaan kosong, pergi ke dapur dan sediakan
seulas bawang putih anggaran besar lebih kurang ibu jari tangan kita
atau lebih kecil dari itu pun sudah memandai. Anda perlu mengupas kulitnya
terlebih dahulu dan setelah itu bersihkan dengan air bersih.
![]() |
| Image by Elle Katie from Pixabay |
Mungkin
cara ini agak ekstrem, tetapi ini lah yang saya lakukan. Kunyah hingga
benar-benar hancur dan telah berserta dengan air suam. Mengapa kita kunyah
untuk hancurkan? Ini untuk menghasilkan gas allicin yang sangat bermanfaat
keatas tubuh kita.
Selepas
anda telah kunyah separuh dan meminum air suam separuh tadi, anda perlu
bertenang sebentar, apa yang anda rasakan perut anda akan terasa panas tetapi
tetaplah bertenang kerana ia hanya bersifat sementara. Jika anda rasakan perut
anda masih terasa panas, minumlah air suam lagi dan tunggu sehingga ianya reda.
Habiskan
lebihan ulasan bawang putih tadi sama cara yang telah diajar. Setelah selesai,
anda jangan sesekali makan apa-apa selama anggaran 30 minit. Cara ini untuk
membiarkan zat bawang putih akan mengalir ke saluran darah anda. Setelah
selesai 30 minit, anda kini boleh menikmati apa-apa makanan seperti biasa.
Tahu tak
apa yang saya rasakan setelah mengamalkan cara aini selama hampir 3 tahun? Saya
terasa amat bersemangat dan terasa bertenaga setiap kali saya memakan bawang
putih. Dan sehingga kini, tiada penyakit kornik lagi yang saya alami.
Sebelum
ini, kolestrol saya agak tinggi iaitu 6.5, dan setelah saya mengamalkan car
aini, tahap kolestrol saya telah turun di pasar normal iaitu turun ke 4.5.
Begitu juga denga kadar gula dan tekanan darah semuanya di tahap yang normal.
Terdapat
banyak manfaat kesihatan yang kita akan perolehi sekiranya anda mengamalkan
amalan ini, bukan sahaja ia sebagai anti kanser, ia juga meningkatkan system
imun tubuh kita, sebagai anti bakteria, dan banyak lagi manfaat yang lain.
Peringatan kepada anda, jangan mengambil ulasan bawang putih yang bayak untuk dimakan
kerana ianya bersifat panas dan mungkin boleh menyebabkan usus anda terbakar.
Ambil lah petua seperti saya amalkan, maka anda masih selamat
mengamalkannya.
Baca Juga: Sireh Cina Penawar Darah Tinggi Paling Ampuh
Bagi yang
mempunyai gastrik pula, saya tidak sarankan untuk anda mengamalkan cara ini
kerana akan berisiko kepada perut anda. Saya menyarankan anda untuk memakan
ulasan bawang putih setelah anda makan
atau sarapan.
Sebenarnya terdapat banyak manfaat kesihatan bawang putih ini, salah satunya jika anda merasa magrain atau sakit kepala, mood tidak baik, makanlah bawang putih seulas berserta air suam. Percayalah mood yang tidak bagus tadi, magrain akan bertambah baik.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.