Cara Masak Telur Dadar Simple Tetapi Menyelerakan

Petua ini adalah amat mudah, cara masak telur dadar amat simple tetapi menyelerakan dan sedap. Bagaimana anda memasak telur dadar? Kebanyakan dari anda mempunyai cara tersendiri memasak telur dadar dengan resepi-resepi yang istimewa.

Petua ini adalah amat simple sekali dan sesuai bagi mereka yang mahu makan dengan segera telur dadar tanpa menyediakan apa-apa bahan. Saya jika benar-benar perut terasa lapar, saya selalu akan memasak telur dadar ini dan hanya beberapa minit sahaja cara ini siap untuk dihidangkan.

Cara masak telur dadar simple tetapi sedap

Baik tanpa membuang masa, anda hanya perlu sebiji telur dan satu pek perencah Cukup Rasa. Perencah ini anda boleh perolehi di mana-mana pasaraya dengan harga yang cukup murah sekali. Apa yang anda perlu lakukan, pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk kecil, bubuh sedikit perencah Cukup Rasa dan pukul telur hingga benar-benar sebati. Lagi lama anda mengaul telur dengan menggunakan garpu, apabila digoreng akan kembang dengan cantik.

Maggi Cukup Rasa
Credit Photo: Maggi.my
Langkah seterusnya, panaskan kuali dengan api sederhana dan letakkan minyak ke dalamnya. Tunggu hingga minyak benar-benar panas dan masukkan telur yang telah dicampur dengan perencah Cukup Rasa. Gaul telur hingga sebati dan masak empuk. Sedia untuk dihidangkan.

Simpel bukan? Perencah Cukup Rasa sebenarnya mempunyai kandungan yang cukup, seperti bawang putih, bawang merah, garam dan bahan-bahan rempah yang lain menjadikan perencah ini cukup berguna sekali jika kita memasak sayuran, daging, ayam dan masakan menu yang lain.

Ini adalah resepi masak telur yang paling simple tetapi menyelerakan. Jika anda mempunyai masa yang terluang, anda masih boleh menyediakan bawang merah, bawang putih, cili serta sayuran ke dalam resepi telur dadar ini.

Baca Juga: Cara Merebus Telur Separuh Masak Dan Telur Masak Sepenuhnya

Jika saya tidak mempunyai lauk lain, saya akan memasak telur dadar ini dengan meletakkan lebih sedikit perencah Cukup Rasa dan makan bersama beberapa biji cili. Wah, ia cukup menyelerakan sekali dan rasanya tidak perlu lauk yang lain lagi, hanya dengan telur dadar ini sahaja saya akan berpuashati kerana ianya sangat menyelerakan. Terima kasih Cukup Rasa kerana menyediakan perencah yang cukup pas terhadap setiap masakan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan