Cara Masuk Topup Celcom

Adakah korang pengguna Celcom? Mungkin bagi pengguna Celcom yang telah lama, mungkin tiada masalah untuk korang topup Celcom kan betul tak? Pengguna yang baru, mungkin korang masih tidak mengetahui bagaiaman cara masuk topup Celcom ke atas telefon pintar anda.

Panduan ini dikhususnya kepada pelanggan Celcom yang baru terutama mereka yang menggunakan telefon prabayar dan bukannya melalui pembayaran bil.

Cara mudah masuk topup Celcom

Topup Celcom boleh anda perolehi di mana-mana kedai telefon, kedai-kedai runcit, seven 7 dengan mudah sekali. Terdapat pelbagai kategori topup Celcom dengan jumlah seperti RM 5, 10, 20, 30, 50.

Cara Masuk Topup Celcom
Credit: Celcom.com

So, bagaiamana cara topup? Baik, terdapat beberapa cara untuk korang masukan topup tetapi admin akan ajar korang dengan cara yang mudah.

Langkah 1

Goreskan belakang kad relod Celcom anda guna duit syiling

Langkah 2

Pastikan 16 digit telah kelaur sepenuhnya. Jangan gores terlalu kuat ya, nanti hilang pula nombor tu. Contoh nombor 16 digit yang tertera 2345 4567 7890 1231.

Langkah 3

Ambil telefon anda dan tekan *122* 16 digit (nombor kod reload) dan tekan # dan tekan call. Contoh *122*2345 4567 7890 1231# dan tekan call.

Langkah 4

Sekiranya topup korang berjaya dilaksanakan, korang akan dapat maklum balas di telefon anda Recharging Succeeded dan perolehi mesej korang telah berjaya reload.

Sekiranya korang mendapatkan topup Celcom dari mesin cetak topup di mana-mana kedai yang tidak memerlukan korang perlu gores kod reload, yang hanya diberikan kepada korang hanya resit topup sahaja berserta 16 kod reload. Korang hanya perlu terus melalui Langkah 3 sahaja seperti yang diajar tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan