Cara Memasak Bubur Mudah Dan Sedap

Bubur sangat mudah untuk disediakan dan sedap untuk dimakan terutama apabila anda berasa kurang sihat, demam atau tiada selera makan.

Pelbagai cara untuk menyediakan bubur mengikut citarasa masing-masing. Anda nak letak sayur, ayam, daging atau seafood banyak atau sikit terpulang pada citarasa dan bajet anda. 

Namun, artikel kali ini saya akan kongsikan cara memasak bubur ayam yang mudah, jimat dan yang paling penting sedap untuk dimakan. 

Bubur

Photo by, Nanakusa Gayu , Licenced Via Creative Commons

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak bubur ayam.

  1. 1 pot/cawan beras (anggaran untuk 1 atau 2 orang makan).
  2. Sedikit ayam (terpulang pada kesukaan anda nak guna isi/ paha / sayap ayam)
  3. Sedikit halia (dihiris)
  4. 2 ulas bawang putih (dicop dan dibuang kulit)
  5. Lobak (potong dadu kecil atau dihiris)
  6. 1 kiub pati ayam ( jika tiada kiub pati ayam, letak garam / chicken stok/ maggi cukup rasa pun boleh juga).

Cara- cara memasak bubur

  1. Cuci beras dengan air bersih dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Isi air bersih ke dalam periuk (pastikan air lebih banyak daripada beras/ beras tenggelam di dalam air).
  3. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana.
  4. Setelah air mendidih kecilkan api, masukkan ayam, halia, bawang putih dan lobak. Sambung masak selama 20-30 minit atau sehingga bubur masak seperti yang anda inginkan. (anda boleh tambahkan sedikit air sekiranya air sudah kering tapi bubur belum masak lagi)
  5. Perlu diingatkan selalu pantau dan kacau sesekali bubur supaya bubur tidak melekat di bawah periuk dan bagi mengelakkan bubur hangus.
  6. Apabila bubur hampir masak masukkan kiub ayam dan kacau sehingga sebati.Bubur siap untuk dimakan. (jika suka boleh letakkan sedikit serbuk lada putih dan bawang goreng). 
Post By: Emiliana

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan