Cara Membeli Belah Di Shopee Agar Tidak Ditipu
Adakah anda peminat tegar membeli belah di Shopee? Semua kita tahu Shopee adalah platform laman membeli belah terkenal di Malaysia. Walau pun begitu, tahukah anda bukan semua penjual di laman ini menjual dengan jujur.
Sering kali
kita mendengar, terdapat ramai individu telah ditipu kerana membeli di dalam
laman web ini. Terdapat individu yang membeli, barang yang dipesannya tidak
sampai, kualiti tidak sama seperti yang diiklankan. Ini menyebabkan kita putus
asa untuk membeli di Shopee. So, perlunya kita mempunyai sedikit pengetahuan
cara untuk membeli belah di Shopee agar tidak ditipu.
Tip dan panduan membeli di Shopee agar tidak ditipu
Pertama
sekali sebelum kita ingin membeli belah di Shopee, lihat produk atau barangan
yang dijual oleh penjual mempunyai pembeli atau tidak. Ini memastikan kita
mengetahui, barangan tersebut adalah popular atau sebaliknya. Jika tiada
pembeli langsung, ingat! Jangan sesekli melakukan pembelian keatas produk
tersebut. Ini adalah sebagai langkah berhati-hati untuk tidak ditipu.
Langkah
seterusnya, lihat lah bintang atau star yang ditinggalkan oleh pembeli
terdahulu. Anda boleh bermula dengan melihat bintang yang terendah sekali iatu
satu bintang. Lihat dengan teliti adakah komen pembeli terdahulu dan anda harus
mempertimbangkan mengapa ia meninggalkan hanya satu bintang terhadap produk
tersebut.
Satu
bintang adalah sebagai tanda, produk tersebut adalah tidak berkualiti atau
perkhidmatan yang diberikan oleh penjual kepada pembeli adalah tidak memuaskan
hati pembeli. So, jangan mengambil ringan terhadap jumlah bintang yang
ditinggalkan oleh pembeli.
Begitu juga
2 bintang, 3 bintang, 4 bintang dan yang paling terbaik adalah 5 bintang. Lihat
lah dahulu kesemua komen yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu berdasarkan
jumlah bintang yang telah ditinggalkan oleh pembeli terdahulu.
Tip dari
saya jika mencari apa-apa produk di Shopee, saya hanya akan mencari 5 bintang
sahaja yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Ini bermakna kesemua yang
ditinggalkan oleh pembeli terdahulu kesemuanya 5 bintang.
Contohnya,
saya akan mencari produk yang saya ingin cari dan tetapkan carian hanya 5
bintang sahaja yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Cara ini seringkali
saya akan memperoleh produk yang sangat berkualiti dan puas hati.
Baca Juga: Cara Berniaga Di Shopee-Tips Berharga!
Selain dari
itu, penerangan mengenai produk, kualiti produk, bahan-bahan yang dibuat,
material yang diterangkan oleh penjual juga harus anda perlu ambil perhatian.
Semenjak saya mengetahui tip-tip ini, saya sangat berasa selamat untuk membeli
di Shopee dan tidak risau ditipu.
So,
pengetahuan ini, pegang lah baik-baik, jika boleh kongsikan kepada kawan-kawan
yang lain agar tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertangungjawab. Shopee
sebenarnya satu laman membeli belah secara online yang palin selamat jika anda
tahu cara untuk menggunakannya.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.