Cara Merebus Telur Separuh Masak Dan Telur Masak Sepenuhnya

Mana satu kegemaran anda? Telur separuh masak atau telur masak sepenuhnya?

Ya, sudah pasti telur adalah makanan kegemaran bagi ramai orang tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak kerana seperti yang kita ketahui telur mempunyai banyak khasiat dan yang paling utama ia mudah dan cepat untuk dimasak serta sedap untuk dimakan.

Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk memasak telur separuh masak atau telur masak sepenuhnya terutama bagi anda yang baru belajar memasak? Jom saya kongsikan bagaimana cara yang paling mudah untuk merebus telur. 

Telur Rebus
Image by Karl Allen Lugmayer from Pixabay
CARA MEREBUS TELUR SEPARUH MASAK

  1. Basuh dan bersihkan telur sebelum direbus dengan air bersih.
  2. Masukkan air bersih ke dalam periuk dan panaskan. Kuantiti air mestilah banyak dan pastikan semua telur yang hendak direbus boleh terendam sepenuhnya ke dalam air tersebut.
  3. Apabila air sudah mendidih tutup api.
  4. Kemudian masukkan telur yang sudah dibasuh dengan bersih tadi ke dalam periuk yang airnya telah mendidih.
  5. Biarkan dalam 7 - 8 minit.
  6. Selepas itu,  pindahkan dan rendamkan telur tersebut ke dalam bekas lain yang mengandungi air sejuk selama lebih kurang 1 minit.
  7. Akhir sekali toskan dan telur siap untuk dimakan.

 CARA MEREBUS TELUR MASAK SEPENUHNYA

  1. Basuh dan bersihkan telur sebelum direbus dengan air bersih.
  2. Isi air bersih ke dalam periuk dan masukkan telur yang sudah dibersihkan ke dalam periuk tersebut. Kuantiti air mestilah banyak dan pastikan semua telur yang hendak direbus terendam sepenuhnya ke dalam air tersebut.
  3. Kemudian panaskan dengan menggunakan api sederhana.
  4. Masukkan sedikit beras. (Letak sedikit sahaja, lebih kurang secubit).
  5. Kecilkan api apabila air sudah mendidih dan teruskan masak telur sehingga beras menjadi lembut.
  6. Apabila beras sudah masak dan lembut (menjadi seperti nasi) maknanya telur tersebut sudah masak sepenuhnya. Tutup api dan toskan .
  7. Dan telur siap untuk dimakan.

 Sangat mudahkan cara merebus telur. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu serba sedikit kepada anda yang baru belajar memasak telur rebus.

Baca Juga: Resepi Nasi Goreng Kampung Adabi

Post By: Emiliana

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan