Cara Minum Air Kacang Bendi
Berapa tahun lepas, admin telah terlihat satu artikel mengenai kebaikan meminum air kacang bendi @ okra water, ianya menjadi viral di social media pada masa itu, so admin pun cuba lah hendak amalkan meminum air kacang bendi di dalam rutian seharian admin.
Terdapat
banyak kebaikan jika mengamalkan minuman air kacang bendi antaranya adalah sumber
antioksidan, menguat sistem imun tubuh, mengawal keradangan, dan memperbaiki kesihatan
jantung. Air okra juga mengandungi serat yang tinggi yang sangat berkhasiat
untuk kesihatan tubuh manusia.
Cara mudah minum air kacang bendi
Mungkin anda
akan tertanya-tanya bagaimana caranya untuk minum air kacang bendi dan cara
penyediaannya kan? Admin pun sama seperti anda ingin tahu cara penyediaannya
dan rutin bila masa sesuai untuk meminum air bendi ni.
Sebagai
pengetahuan anda, admin telah lama mengamalkan minum air bendi ini dan admin
ingin berkongsi kepada anda kebaikan-kebaikan yang admin rasakan keatas tubuh
admin.
![]() |
Photo by, Yes.aravind , Licenced Via Creative Commons |
Jika lubang
pada tangkai sebesar lubang jarum atau sebesar lubang pen, ia adalah bendi yang
masih muda, tetapi jika lubang tersebut melebihi lubang pen, ia adalah bendi
yang sudah tua. Anda faham tak?
Tip yang
lain pula, mestilah keadaan bendi itu kelihatan segar dan tanpa ulat. Harga
bendi tidak lah mahal, anggaran beberapa ringgit sahaja di dalam beberapa gram.
So anda perlu buat, beli bendi yang admin telah sarankan tadi dan bawah balik
ke ruma anda.
Cara
penyediaannya pula, bersihkan 2-3 buah bendi dengan air bersih, hiris dengan
pisau seketul-seketul, jangan hiris terlalu nipis pula. Selesai saja anda
memotongnya, masukkan ke dalam gelas 500ml yang mempunyai penutup. Kemudian isi
dengan air bersih. Step seterusnya masukkan ke dalam peti ais anda dan biarkan
selama tempoh 6 hingga 24 jam.
Admin akan
selalu amalkan seperti ini, pada waktu malam admin akan sediakan air bendi ini
dan biarkan semalaman di peti ais. Waktu pagi semasa bangun pagi dan dalam
keadaan perut kosong admin akan minum air bendi disusuli dengan air suam. Admin
akan berpantang tanpa makanan di dalam tempoh 30 minit.
Berpantang
tanpa makan selama 30 minit merupakan cara untuk memudahkan khasiat air bendi
masuk ke dalam saluran darah kita dan memberi manfaat yang sangat baik terhadap
kesihatan. Selepas 30 minit anda akan merasa ke tandas untuk membuang air
besar.
Ia
menandakan, sisa perkumuhan dan sisa toksik di dalam badan akan keluar
kesemuanya. Ini menjadikan tubuh badan anda akan menjadi segar selepas meminum
air bendi ini. Bagi anda yang mempunyai gastrik pula, berhati-hati meminum air
bendi semasa di dalam keadan perut kosong ya, kerana dirisaukan anda mempunyai
komplikasi yang tidak baik keatas tubuh anda.
Selepas
anda meminum air bendi tadi, anda haru isi semula dengan air bersih dan
masukkan semula ke dalam peti air. Anda masih boleh melakukan hal yang sama di
dalam anggaran 2-3 kali. Bergantung kepada kepekatan air lendir yang dikeluarkan
oleh bendi tadi.
Admin hanya
menggunakan air bendi selama 2-3 sahaja untuk digunakan dan menggantikan dengan
bendi yang baru. Bagi yang mempunyai gastrik anda boleh amalkan selepas anda
sarapan, makan tengah hari dan selepas makan waktu malam.
Selama
beberapa tahun, admin amalkan meminum air bendi ini walaupun kadang-kadan terlupa
untuk mendapatkan stok di pasaraya, admin jarang mendapat komplikasi penyakit
yang serius, darah dan gula serta kolestrol admin adalah di paras yang terkawal.
So jika anda berminat untuk menjadikan air rendaman bendi sebagai rutian harian anda, cubalah cara yang admin ajar kepada anda. Pasti kesihatan anda akan terkawal baik. Jangan tunggu lama, lakukan hal ini dengan segera.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.