Tip Cara Minum Cuka Epal Yang Betul
Apakah cara minum cuka epal yang benar? Sebagai pengetahuan anda, cuka epal memiliki manfaat yang kaya dengan kesihatan tubuh badan manusia. Misalnya memperkuatkan sistem imun badan, sebagai agen anti bakteria, mengawal ph, menurunkan paras gula dan banyak lagi manfaat yang telah kita sudah ketahui.
Persoalannya
disini bagaimana meminum cuka epal yang betul? Cuka epal mengandungi asid yang
sangat kuat jadi anda tidak boleh meminum secara terus kerana ia boleh
menyebabkan tekak anda akan tercedera serta gigi anda boleh terhakis.
Tip-tip cara minum cuka epal yang betul
Merujuk
kepada artikel kesihatan, meminum cuka epal boleh dibuat semasa anda bangun
dari tidur semasa perut di dalam keadaan kosong, selepas makan dan sebelum
tidur. Jadi bilakah masa yang terbaik untuk anda meminum cuka epal?
Baik mari
kita huraikan satu persatu di manakah masa yang sesuai untuk meminum cuka epal.
Jika anda meminum cuka epal seawal pagi dan perut di dalam keadaan kosong, anda
harus bermula dengan hanya ½ sudu makan dahulu dan dicampur dengan segelas air
suam. Apabila hari yang seterusnya anda boleh perlahan-lahan menambah dos ke 2
sudu makan. Diingatkan sekali lagi, jangan sesekali meminum cuka epal tanpa
mencampurkan dengan air terlebih dahulu.
![]() |
| Image by Mike Goad from Pixabay |
Mungkin
anda tertanya-tanya bagaimana untuk meminum cuka epal semasa waktu pagi
disebabkan bau cuka epal yang amat kuat? Untuk mengatasi masalah ini, anda
boleh mencampurkan cuka epal dengan air teh yang hangat atau dengan perahan jus
lemon.
Bagaimana
pula meminum air cuka epal selepas makan? Meminum cuka epal selepas anda makan
juga tidak mempunyai kesan yang tidak baik keatas tubuh kita malahan ia amat
baik kepada sistem penghadaman. Jika anda melihat pada air cuka epal, anda akan
melihat air keruh yang terkumpul dan boleh dilihat di bawah botol cuka epal, ia
dikatakan sebagai ‘ibu’ kepada bakteria baik dan enzim yang terkumpul.
Ia sangat
baik kepada agen prebiotic terhadap sistem penghadaman perut anda. Meminum cuka
epal selepas makan juga anda perlu mencampurkan dengan air terlebih dahulu.
Anda juga boleh mencampurkan cuka epal ke dalam masakan anda sama seperti anda
menggunakan cuka putih anda.
Bagaimana
pula meminum cuka epal semasa anda ingin tidur? Meminum cuka epal sebelum anda
tidur juga dikatakan mempunyai manfaat yang tersendiri. Jika anda sebelum ini
seringkali mengalami kejang kaki semasa tidur, inilah ubatnya kerana mereka
yang seringkali mengalami kekejangan pada waktu malam disebabkan kekurangan
kalium di dalam tubuh, cuka epal mengandungi sumber kalium yang banyak.
Baca Juga: Petua Elak Sakit Telinga Yang Berkesan
Meminum
cuka epal semasa anda tidur pada waktu malam hari juga dikatakan mampu
menurunkan paras gula di dalam tubuh anda dengan merujuk kepada artikel yang
dikeluarkan oleh ‘Diabetis Care’. Bagi sesiapa yang hendak minum cuka epal sebelum
tidur, sukatan air cuka epal adalah sama sama iaitu 2 sudu makan dan
dicampurkan dengan segelas air hangat.
Baca Juga: Cara Minum Air Kacang Bendi
Ambil
perhatian, meminum cuka epal ini bagi mereka yang sering mengadapi senak perut,
pedih ulu hati, gastrik dan penyakit gerd, harus mempertimbangkan untuk
mengambil air cuka epal ini kerana sifatnya yang berasid dan anda dikhuatiri
menghadapi kesan sampingan yang lain.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.