Cara Mudah Cek Saman SMS (Polis & JPJ)
Zaman sekarang, segalanya ada di hujung jari anda. begitu juga perkhidmatan yang telah diperkenalkan mengenai penyemakan Saman melalui SMS dan juga secara online. Sejak ia diperkenalkan, ia telah memberi manfaat kepada beribu orang di Malaysia.
Ini menjadikan perkhidmatan kelihatan lebih cekap dan efesien. Cara cek saman SMS amat begitu mudah dan kitta akan memperolehi jawaban adakah memiliki saman atau tidak hanya dalam beberapa minit sahaja.
Cara cek saman SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Berikut adalah beberapa langkah bagaimana cara melakukan penyemakan saman melalui SMS bagi saman Polis Diraja Malaysia.
Langkah 1
Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Mykad atau nombor plat kenderaan
Langkah 2
Hantar ke 15888 atau 32728
Contoh
POLIS SAMAN CCA899 atau POLIS SAMAN 990417125678
Cara cek saman SMS Polis melalui Email
Bagi mereka yang memerlukan semakan secara detail mengenai saman, anda boleh melakukan semakan dengan menggunakan alamat email anda.
Langkah 1
Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Mykad atau nombor plat kenderaan<jarak>alamat email anda
Langkah 2
Hantar ke 15888 atau 32728
Contoh
POLIS SAMAN CCA899 abang@gmail.com atau POLIS SAMAN 990417125678 abang@gmail.com
Cara cek saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Mereka yang ingin melakukan semakan saman melalui SMS bagi saman JPJ pula, cara semakan tidak jauh beza dengan cara semakan bagi saman Polis. Berikut adalah caranya;
Langkah 1
Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Mykad atau nombor plat kenderaan
Langkah 2
Hantar ke 15888
Contoh
JPJ SAMAN CCA899 atau JPJ SAMAN 990417125678
Kadar caj perkhidmatan cek saman SMS
Bagi makluman anda semua, perkhidmatan penyemakan saman SMS ini tidaklah percuma kerana masih mempunyai caj perkhidmatannya. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.15 sen bagi setiap penghantaran serta caj perkhidmatan bagi penerimaan mesej sebanyak RM 0.20 sen.
Rujukan lebih lanjut
Bagi anda yang mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk ke Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik melalui talian 03-22663319 atau dengan melalui email di tadbirtrafik_ba@rmp.gov.my. Bagi JPJ pula, anda boleh hubungi di talian 03-80008000 atau melalui email di aduantrafik@jip.gov.my
Baca Juga: Cara Mudah Semak Saman JPJ Secara Online

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.